fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sanggup Redah Hujan Untuk Pelanggan, ‘Runner’ Ini Digelar Unsung Hero

Kedung BK Oleh Kedung BK
1 April 2020
Sanggup Redah Hujan Untuk Pelanggan, 'Runner' Ini Digelar Unsung Hero
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tabik kepada mereka yang bertugas semasa PKP ini!

Sanggup Redah Hujan Untuk Pelanggan, ‘Runner’ Ini Digelar Unsung Hero. Walaupun semua rakyat Malaysia harus patur kepada PKP yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac yang lalu, terdapat segelintir yang terpaksa berisiko nyawa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai frontliner. Selain bidang perubatan, kebersihan, polis dan askar, yang turun padang untuk membantu mereka yang memerlukan adalah delivery dan runner.

Sanggup Redah Hujan Untuk Pelanggan, ‘Runner’ Ini Digelar Unsung Hero. Kredit: Giphy

The unsung heroes that is less spoken off

Seorang pengguna Facebook, Crystal, memuat naik satu video untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa sanggup mereka yang bekerja sebagai delivery dan runner untuk melaksanakan tanggungjawab, biarpun hujan. Menurut posting tersebut, beliau mendedahkan lelaki yang membuat penghantaran kepada beliau adalah seorang runner dan membantu untuk membeli barang dapur atau membuat errand untuk orang lain semasa PKP.

ADVERTISEMENT
Beliau ketika mengambil bekalan daripada runner. Kredit: Facebook Crystal Jezebell Vasco

Basah kuyup setelah sampai rumah

Beliau bertambah lagi, sampai sahaja runner tersebut ke rumah beliau, runner tersebut basah tempias hujan akibat tidak menggunakan jacket atau baju hujan. Runner tersebut turut berminta maaf kepada beliau kerana makanan yang dihantar basah sedikit, namun beliau tak kisah. Beliau berkata lagi dalam status bahawa lelaki seperti runner ini patut dihormati dan layak diberi bantuan lebih.

Biar hujan atau panas terik, mereka akan tetap menjalankan tugas demi anda.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

ADVERTISEMENT
Runner tersebut sanggup redah hujan demi menjalankan tanggungjawab dan mencari rezeki. Kredit: Facebook Crystal Jezebell Vasco

Diberi lebih, runner tersebut terharu dan hampir sebak

Akibat terharu dengan runner tersebut yang sudi menjalankan tugas walaupun cuaca hujan, beliau mendedah beri upah sedikit sebagai penghargaan.

“Saya bukan nak tunjuk saya bagus, bukan riak. Saya dan keluarga saya saja beri lebih sebab runner itu sudi redah hujan untuk menghantarkan bekalan kami and all he cared was “maaf, barang basah sikit.”

Beliau memberi nasihat iaitu ia tidak salah untuk memberi lebih semasa musim Covid-19 ini, biarpun dari segi duit, makanan atau doa.

ADVERTISEMENT
Beliau berkata ketika beliau memberi lebih, mata runner tersebut sebak akibat terharu oleh tindakan beliau yang menghargai dia. Kredit: Facebook Crystal Jezebell Vasco

Sama-sama membantu sama diri

Video yang dimuatnaik oleh beliau telah mendapatkan sambutan positif serta runner tersebut dipuji oleh netizen. Semoga frontliner kita sentiasa bekerja dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Share206Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy