Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak
Sarawak Benarkan Bistro Beroperasi Tanpa Karaoke Dan Persembahan Live Band. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini memaklumkan bistro dibenarkan beroperasi.

Walau bagaimanapun, hiburan seperti karaoke dan juga persembahan live band di bistro yang ingin dibuka adalah masih tidak dibenarkan setakat ini.
Sidang media tersebut juga mengigatkan rakyat Sarawak untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di pusat membeli belah, kedai runcit dan lain lain pusat pembelian.
SOP Peruncitan
Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak juga telah mengeluarkan garis panduan untuk aktiviti peruncitan bagi semua pengusaha, peniaga dan pemilik perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi. Garis panduan adalah seperti berikut.
1. Memastikan penjarakan sosial diamalkan sepanjang masa
2. Menghadkan laluan keluar masuk ke premis dan kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa bergantung kepada saiz premis untuk mengelakkan kesesakan
3. Memastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan sebelum masuk ke premis
4. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk
5. Mewajibkan pemakaian alat penutup hidung dan mulut oleh perkerja ketika berurusan
6. Menjalankan proses nyah kuman dan pembersihan premis sepanjang tempoh operasi.
Garis panduan ini merangkumi kompleks membeli-belah, pasaraya/pasaraya besar, departmental store, butik/kedai pakaian, kedai serbaneka/mini mart dan pelbagai jenis perniagaan peruncitan yang lain.
Majikan dalam sektor peruncitan juga perlu menyelaras dan memantau kesemua garis panduan serta syarat syarat yang ditetapkan ini agar dipatuhi oleh pekerja dan pelanggan.
Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak juga memaklumkan bahawa rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara dan transit di KLIA atau KKIA tidak perlu memohon permit daripada polis untuk kembali ke Sarawak.
Mereka hanya perlu memohon kebenaran dari JPBN secara atas talian dan akan dikuarantin selama 14 hari.