fbpx
Cerita Borneo

Sarawak Benarkan Sektor Ekonomi Beroperasi Bermula Dari 12 Mei, SOP Ketat Akan Disediakan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Sarawak Benarkan Sektor Ekonomi Beroperasi Bermula Dari 12 Mei, SOP Ketat Akan Disediakan. Sarawak hari ini mengumumkan sektor ekonomi akan mula dibenarkan beroperasi mulai 12 Mei 2020.

Sarawak Benarkan Sektor Ekonomi Beroperasi Bermula Dari 12 Mei, SOP Ketat Akan Disediakan
Sarawak Benarkan Sektor Ekonomi Beroperasi Bermula Dari 12 Mei, SOP Ketat Akan Disediakan

Dalam sidang media harian sebentar tadi, keputusan tersebut diambil kira selepas mengambil kira keadaan semasa di Sarawak. Kerajaan Sarawak juga akan mengenakan SOP yang ketat dalam membenarkan sektor ekonomi untuk beroperasi semula.

Difahamkan juga, pihak penguatkuasaan seperti PBT, PDRM, ATM dan juga RELA akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuan terhadap garis panduan (SOP). Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pengusaha perniagaan yang ingin memulakan operasi mereka, diharuskan untuk memaklumkan jawatankuasa bencana bahagian masing masing sebelum membuka operasi mereka.

Perjalanan antara daerah masih tidak dibenarkan

Walau bagaimanapun, perjalanan antara daerah masih tidak dibenarkan di Sarawak dan mereka yang ingin melakukan perkara sedemikian perlu meminta kebenaran pihak polis.

Perkara tersebut adalah penting bagi memastikan kawasan hijau kekal dipelihara dan kawasan lain boleh dipulihari menjadi kawasan hijau. Kawasan hijau adalah kawasan yang tidak mempunyai sebarang kes baharu dalam tempoh 2 minggu.

Untuk garis panduan pembukaan semula ekonomi, anda boleh muat turun di bawah :

Ini Pula Adalah Senarai 66 Aktiviti Yang Masih Dilarang Semasa PKPB Di Sarawak

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button