fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Sarawak Benarkan Semula Kemasukan Pekerja Warga Asing Mulai Januari 2021

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
23 Disember 2020
Sarawak Benarkan Semula Kemasukan Pekerja Warga Asing Mulai Januari 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Buat masa ini, kemasukan pekerja asing ke Sarawak dibekukan akibat penularan pandemik yang semakin meningkat.

Sarawak Benarkan Semula Kemasukan Pekerja Warga Asing Mulai Januari 2021. Berikutan kes jangkitan di Sarawak masih dalam situasi turun naik, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS/SDMC) hari ini mengumumkan bahawa majikan di Sarawak dibenarkan untuk membawa masuk pekerja warga asing ke negeri ini bermula tahun hadapan.

Menerusi kenyataan media harian berkenaan perkembangan COVID-19 hari ini, kebenaran tersebut akan berkuatkuasa secara rasmi bermula 1 Januari 2021.

Sarawak Benarkan Semula Kemasukan Pekerja Warga Asing Mulai Januari 2021
Sarawak Benarkan Semula Kemasukan Pekerja Warga Asing Mulai Januari 2021

Walau bagaimanapun, majikan yang ingin membawa masuk pekerja asing ke negara ini perlu membuat permohonan dan perlu mematuhi prosedur yang bakal ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sarawak (JIMS).

ArtikelBerkaitan

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama

Sempena Hari Wanita, Ini 5 Senarai Promosi Hebat Restoran Untuk Anda

Walaupun dibekukan, pekerja warga asing tetap masuk ke Sarawak melalui jalan tikus

Sehingga ke hari ini, negeri Sarawak telah membekukan kemasukan pekerja warga asing ke negeri ini akibat situasi pandemik yang masih membimbangkan. Kes positif baharu sejak beberapa hari kebelakangan ini juga majoritinya adalah daripada saringan pekerja warga asing yang memasuki negara ini sama ada secara sah mahu pun secara haram.

Malah, terdapat juga kes warga asing yang dikesan positif namun bertindak melarikan diri sehingga mengancam keselamatan orang awam yang lain.

Sarawak hari ini catat 4 kes positif

Dalam pada masa yang sama, Sarawak hari ini mencatatkan kes positif di tiga daerah iaitu Kuching dengan 2 kes, Tebedu dan Miri masing-masing 1 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif hari ini adalah sebanyak 4 kes.

Kes positif di Tebedu antaranya merupakan kes yang melibatkan tangkapan warga asing tanpa izin yang masuk secara haram melalui laluan tikus 21 Disember yang lalu.

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Adakah ia wajar dibenarkan semula seawal Januari 2021 atau sebaliknya? Nyatakan pandangan anda di ruangan komen.

Baca juga :

SUMBER : SDMC via UKAS
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy