fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sarawak Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan, Solat Aidilfitri Tetap Dilarang

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
15 Mei 2020
Sarawak Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan, Solat Aidilfitri Tetap Dilarang
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Perkara Tersebut Dimaklumkan Oleh Majlis Islam Sarawak Hari Ini

Sarawak Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan, Solat Aidilfitri Tetap Dilarang. Setelah Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Al-Bakri semalam mengumumkan kebenaran solat Jumaat di wilayah persekutuan dan beberapa negeri mulai hari ini, Sarawak turut mengikut langkah yang sama.

Sarawak Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan, Solat Aidilfitri Tetap Dilarang
Sarawak Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan, Solat Aidilfitri Tetap Dilarang

Presiden Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha, hari ini mengumumkan bahawa Sarawak kini membenarkan masjid dan surau di seluruh negeri ini kembali dibuka untuk solat Jumaat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan solat Jumaat hanya melibatkan jumlah jemaah yang terhad. Pelaksanaan kembali solat Jumaat akan bermula pada minggu hadapan.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Borneo Post, solat sunat Aidilfitri yang sepatutnya berlangsung pada minggu hadapan tetap tidak dibenarkan.

Menurut Datu Misnu, Majlis Islam Sarawak telah bersepakat untuk melaksanakan solat Jumaat ini hanya untuk jemaah berjumlah 4 hingga maksimum 12 orang sahaja. Jemaah ini hendaklah terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid atau surau sahaja.

Sarawak Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan, Solat Aidilfitri Tetap Dilarang
Kredit : Keluarga

Solat Fardhu, Solat Sunat Terawih Dan Solat Sunat Aidilfitri Tetap Ditangguhkan

Tambahnya lagi, setelah meneliti garis panduan daripada pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara, Majlis Islam Sarawak telah bersetuju dengan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak dalam sebuah muzakarah khas yang diadakan pada 11 Mei yang lalu. Antara perkara yang telah dimuktamadkan ialah segala aktiviti keagamaan di masjid dan surau terus ditangguhkan termasuklah solat fardhu lima waktu, solat berjemaah, solat sunat terawih, dan solat sunat Aidilfitri.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Manakala pelaksanaan solat Jumaat pula mesti mengikut SOP Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sepanjang PKPB. SOP tersebut boleh diketahui dengan lebih lanjut melalui laman web JAIS.

Pihaknya juga menyeru agar orang ramai memahami situasi masa kini yang menyebabkan solat sunat Aidilfitri tidak dapat dilaksanakan. Orang ramai juga digalakkan untuk melaksanakan solat sunat tersebut di rumah masing-masing bersama keluarga.

ADVERTISEMENT

Terdahulu, Sarawak masih menutup masjid dan surau kepada orang awam sehingga diberitahu kelak. Baca selanjutnya di sini :

SUMBER : The Borneo Post
Share239Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy