fbpx
Cerita Borneo

Sarawak Kembali ‘Bertaring’ Di Kabinet, Ini Perubahan Yang Diimpikan Oleh Anak Muda

Semoga Diambil Perhatian Oleh Anggota Kabinet Sarawak Yang Baru Dilantik

Sarawak Kembali ‘Bertaring’ Di Kabinet, Ini Perubahan Yang Diimpikan Oleh Anak Muda. Satu lagi detik bersejarah buat Sabah dan Sarawak apabila Perdana Menteri pada hari ini mengumumkan pelantikan anggota kabinet yang bahari bagi menerajui tampuk kepimpinan negara. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, seramai 16 orang ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah diberi amanah sebagai Menteri serta Timbalan Menteri.

Namun demikian, memiliki ahli kabinet mewakili Sabah dan Sarawak sahaja tidak mencukupi. Suara anak muda juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju masa depan negara. Menerusi tinjauan di laman sosial Twitter hari ini, terdapat segelintir anak muda yang menyuarakan harapan mereka secara tidak langsung terhadap tanah kelahiran sendiri. Yalah, siapa tak sayang tempat asal yang banyak memberi jasa dan kenangan kan?

Ini antara luahan anak muda yang sempat di tulis di ruangan Twitter tentang perubahan yang mereka impikan di Sarawak.

Sarawak Kembali 'Bertaring' Di Kabinet, Ini Perubahan Yang Diimpikan Oleh Anak Muda
Sarawak Kembali 'Bertaring' Di Kabinet, Ini Perubahan Yang Diimpikan Oleh Anak Muda
Sarawak Kembali ‘Bertaring’ Di Kabinet, Ini Perubahan Yang Diimpikan Oleh Anak Muda

Tiga Harapan Utama : Kerja, Pendidikan, Jurang Bandar Dan Luar Bandar

Berdasarkan ciapan-ciapan ini, dapat dilihat di sini bahawa fokus anak-anak muda di Sarawak tertumpu kepada peluang pekerjaan, pendidikan serta jurang insfrastruktur antara kawasan bandar dan luar bandar. Antara harapan yang diluahkan adalah;

  1. Merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar
  2. Meningkatkan gaji minimum
  3. Membaiki sekolah daif di kawasan pedalaman
  4. Lebih banyak peluang pekerjaan untuk graduan vokasional (TVET)
  5. Memperbaiki sistem pengangkutan awam dan menjadikan ia lebih mapan
  6. Melengkapkan setiap rumah panjang dengan alat pemadam kebakaran
  7. Mengasingkan pendidikan Sarawak dari bidang kuasa Persekutuan
  8. Membina jalan pesisir dan pedalaman yang dapat menghubungkan penduduk terus ke Lebuh Raya Pan Borneo
  9. Mengembalikan hak Sarawak
  10. Memerangi rasuah
  11. Menghentikan pengeluaran lesen pembalakan
  12. Memaksimumkan produktiviti ladang kelapa sawit bagi mengelakkan pembukaan ladang baru
  13. Menggunakan sepenuhnya keupayaan empangan di Sarawak
  14. Melengkapkan infrastruktur asas
  15. Kemudahan capaian yang pantas di kawasan luar bandar
  16. Kuota seimbang untuk pekerjaan di sektor kerajaan
  17. Meningkatkan industri pelancongan Sarawak

Pasti banyak lagi harapan yang ingin disuarakan oleh anak muda demi melihat kesejahteraan dan kemajuan Sarawak. Masa depan negara terletak di tangan anak muda kerana mereka yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari kelak. Namun, jalan perjuangan ini harus dibuka bermula dari saat ini jika kita inginkan sebuah negara yang inovatif. Paling penting sekarang adalah semoga harapan ini dapat disuarakan dan diperjuangkan oleh ahli kabinet Sarawak yang baru ke peringkat persekutuan.

Jika anda merupakan belia Sarawak, apa lagi perubahan penting yang anda fikir harus dilaksanakan segera? Jangan lupa untuk melontarkan pandangan anda di ruangan komen.

Artikel Berkaitan

Back to top button