fbpx
Cerita Borneo

Sarawak Paling Romantik Di Malaysia Menurut Kajian Ini

Hasil Kajian Ringkas Dari Syarikat E-Commerce, Picodi.com

Sarawak Paling Romantik Di Malaysia Menurut Kajian Ini. Sebuah syarikat e-dagang, picodi.com telah mengeluarkan satu analisis berkaitan dengan carian ‘romantic‘ di setiap negeri di Malaysia. Menurut analisis tersebut, Sarawak dilaporkan mempunyai individu romantik yang paling ramai di Malaysia. Wait what?

Kredit : Giphy.com

Kajian tersebut dilakukan berdasarkan carian kata kunci romantik termasuklah “Valentine’s Day“, “love confession“, “flowers“, dan “love“. Carian kata kunci ini meningkat dalam tempoh sebelum tibanya hari Valentine di seluruh Malaysia iaitu sekitar satu ke dua bulan sebelum.

Berdasarkan trend tersebut juga, terdapat negeri yang menunjukkan peningkatan carian romantik yang ketara manakala terdapat juga negeri yang kurang berminat dengan topik ini.

Betul Ke Sarawak Banyak Orang Romantik? Atau Ada Sebab Lain?

Sarawak Paling Romantik Di Malaysia Menurut Kajian Ini
Sarawak Paling Romantik Di Malaysia Menurut Kajian Ini

Hasil kajian ini didapati daripada data arkib carian Google dan ia menyimpulkan bahawa individu yang paling romantik kebanyakannya tinggal di Sarawak, diikuti Johor dan kemudian Sabah. Selain daripada carian yang berkaitan dengan hari Valentine, rupa-rupanya carian romantik ini juga berkait rapat dengan keindahan alam semulajadi serta tempat makan menarik yang ada di Sarawak.

Besar kemungkinan bahawa musim Valentine adalah masa yang sesuai untuk individu romantik di Sarawak meluangkan masa yang berharga bersama orang tersayang dengan meneroka tempat-tempat nature based serta tempat makan yang enak.

Yalah, sebagai tanda menghargai kehadiran soulmate mereka kan?

Berikut merupakan senarai lengkap negeri-negeri paling romantik di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Picodi.com merupakan sebuah platform e-commerce antarabangsa yang menyediakan kupon diskaun untuk perniagaan atas talian (online store). Picodi juga menjalankan pelbagai jenis analisis seperti analisis pasaran, aktiviti pengguna, harga jualan produk dan perkhidmatan serta gaji. Lazada, Agoda, Zalora, Expedia, Hermo, Malaysia Airlines, dan Shopee antara platform yang bekerjasama dengan Picodi.

Ooha orang Sarawak, kitak tek romantik?

Artikel Berkaitan

Back to top button