fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
10 Februari 2021
Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan
Share on FacebookShare on Twitter

Seramai 2 juta penduduk Sarawak disasarkan selesai terima vaksin COVID-19 pada Ogos tahun ini juga.

Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan. Vaksin COVID-19 yang bakal diterima pada penghujung Februari ini dijangka bakal diberikan secepat mungkin kepada penduduk di Sarawa. Demikian jelas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Beliau memberitahu pemberita hari ini bahawa kerajaan negeri menyasarkan untuk mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di Sarawak. Proses tersebut dijangka selesai pada bulan Ogos tahun ini berbanding pelan vaksinasi kebangsaan yang disasarkan lengkap pada Februari tahun depan.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencari cara untuk mempercepatkan program vaksinasi untuk Sarawak apabila bekalan vaksin diterima pada penghujung bulan ini.

Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan
Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan

Kerajaan negeri bersedia bantu dari segi tenaga logistik untuk pelaksana program

Buat masa ini, bantuan yang dapat diberikan oleh kerajaan Sarawak ialah menyediakan bantuan logistik untuk pihak yang bertanggungjawab melaksanakan program tersebut.

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

Bagi memastikan sasaran program vaksinasi tersebut lengkap pada bulan Ogos, pihak kerajaan negeri akan berbincang dengan badan berkaitan yang terlibat dalam program tersebut tentang peranan dan perkara yang perlu dilakukan untuk mempercepatkan program.

Jelas Dr. Sim, Sarawak menyasarkan untuk memberi suntikan vaksinasi kepada sekurang-kurangnya 2 juta penduduk.

Sarawak Sasar Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Pada Ogos, Lebih Awal Dari Pelan Kebangsaan
Dr. Sim Kui Hian.

Program imunisasi kebangsaan bakal dijalankan secara 3 fasa sehingga Februari 2022

Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyasarkan sebanyak 80% atau 26.5 juta penduduk di Malaysia diberi suntikan vaksin menjelang Februari 2022.

Program peringkat kebangsaan tersebut akan dilaksanakan secara 3 fasa; bermula dengan petugas barisan hadapan seramai 500,000 orang, diikuti golongan berisiko tinggi yang berusia melebihi 60 tahun dan golongan berisiko tinggi yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan orang kelainan upaya (OKU). Fasa terakhir akan bermula pada bulan Mei akan diberikan kepada individu dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Bekalan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNtech diyakini 95% berkesan melawan vaksin COVID-19.

Sebelum ini, vaksin ini juga didapati tahan untuk dibawa ke pedalaman Sarawak. Baca selanjutnya di sini :

SUMBER : The Borneo Post
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy