fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Sarawak Sedang Mencari Cara Untuk Beli Bekalan Vaksin COVID-19 Sendiri

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
1 Mac 2021
Sarawak Sedang Mencari Cara Untuk Beli Bekalan Vaksin COVID-19 Sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Vaksin yang diperoleh setakat ini dibeli melalui kerajaan Persekutuan.

Sarawak Sedang Mencari Cara Untuk Beli Bekalan Vaksin COVID-19 Sendiri. Memasuki beberapa hari program imunisasi fasa pertama di Sarawak, kerajaan negeri hari ini mengumumkan sedang mencari jalan penyelesaian untuk membeli bekalan vaksin COVID-19 secara terus tanpa melalui kerajaan persekutuan. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Menerusi sidang media harian laporan situasi COVID-19 di Sarawak, Uggah memberitahu bahawa Ketua Menteri Sarawak telah mengarahkan pasukan JPBNS untuk mencari cara bagaimana untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 secara terus.

Sarawak dapat percepatkan pemvaksinan sekiranya langkah ini berjaya dicapai

Misi tersebut akan diketuai oleh Datuk Dr Andrew Kiyu bersama sebuah pasukan yang telah diarahkan oleh Ketua Menteri. Jelas Uggah lagi, sekiranya Sarawak berjaya mendapatkan bekalan vaksin tambahan secara terus, jumlah dos pelalian yang dibekalkan daripada kerajaan persekutuan yang sedia ada dapat ditingkatkan.

ArtikelBerkaitan

PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok

MKN Padam Poster Umum PKP Di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Meradong

Sarawak Sedang Mencari Cara Untuk Beli Bekalan Vaksin COVID-19 Sendiri
Sarawak Sedang Mencari Cara Untuk Beli Bekalan Vaksin COVID-19 Sendiri
Sumber : ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

Sekiranya solusi ini dapat dicapai, Sarawak dapat mempercepatkan proses pemvaksinan berperingkat dan menyelesaikan program vaksinasi seawal yang mungkin.

Menurut Dr. Sim pula, Sarawak mensasarkan rakyat Sarawak yang layak menerima vaksin selesai diberikan suntikan tersebut menjelang bulan Ogos 2021. Namun demikian, untuk mendapatkan bekalan vaksin seperti yang sedia ada, beliau harus berunding dengan kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur kerana ia perlu dibeli melalui mereka.

Setakat ini, masih belum ada petunjuk bahawa Sarawak akan mendapatkan bekalan tersebut namun usaha serta rundingan masih dibuat.

Seramai 8,323 individu di Sarawak telah terima suntikan dalam masa 3 hari selepas dimulakan

Untuk makluman anda, Sarawak telah menerima bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNtech pada Rabu lepas, iaitu 24 Februari 2021. Sebanyak 23,400 dos vaksin diterima pada hari tersebut.

Dalam masa 3 hari selepas program vaksinasi dimulakan di Sarawak, seramai 8,323 individu telah diberikan suntikan vaksin dos pertama merangkumi kesemua 9 bahagian di negeri ini.

Sarawak Sedang Mencari Cara Untuk Beli Bekalan Vaksin COVID-19 Sendiri
Sumber : UKAS

Penghantaran kedua dos vaksin dijangka tiba pada esok hari (2 Mac 2021) yang berjumlah 31,590 dos diikuti penghantaran ketiga dan keempat pada 10 Mac dan 17 Mac 2021. Masing-masing dos yang dihantar ini adalah sebanyak 4,680 dos.

Dua penghantaran terakhir pula akan tiba pada 24 Mac iaitu sebanyak 14,040 dos dan 31 Mac iaitu sebanyak 9,360 dos.

Yakini vaksin agar kita dapat melindungi diri dan semuanya.

Baca juga artikel berkaitan :

SUMBER : The Borneo Post
Share78Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy