Termasuk Penangguhan Bayaran dan Insentif Khas ‘Frontliners’
Sarawak Umum Pakej Sarawakku Sayang, Bantuan RM 1,500 Kepada Golongan B40. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Zoharo Bin Tun Abang Haji Openg hari ini mengumumkan pakej bantuan khas yang dinamakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang. Pengumuman pakej tersebut dibuat menerusi sidang media yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi.


Pakej tersebut menggariskan 16 intipati utama iaitu;
1. Diskaun Bil Elektrik

2. Diskaun Bil Air

3. Bantuan Khas RM 250 Setiap Bulan (Selama 6 Bulan) Kepada Golongan B40
4. Insentif Bulanan Sebanyak RM 300/RM 200 Kepada ‘Frontliners’ Yang Bertugas Di Sarawak Selama 6 Bulan

5. Diskaun Sewa Market dan Gerai Sebanyak 50% Selama 6 Bulan
6. Pembiayaan Bayaran Permit dan Lesen (Pedagang/Peniaga Gerai Pasar Tamu/Peniaga Pasar Malam/Bazaar Ramadhan)
7. Diskaun 25% Untuk ‘Assessment Rate’ Berjumlah RM 400 Ke Atas
8. Penangguhan Bayaran Pinjaman Selama 9 Bulan Untuk Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS)
9. Tambahan RM 20 Juta Skim Mikro Kredit Untuk Semua SME
10. Diskaun 30% Untuk Sewa Tanah

11. Penangguhan Premium Tanah

12. Pembiayaan Penuh Yuran Lesen Perhotelan dan ‘Lodging House’ Sepanjang Tahun 2020
13. PERCUMA Topeng Muka Untuk Rakyat Sarawak
14. Menyediakan Kemudahan Hospital dan Personal Protection Equipments (PPE)
15. Sumbangan Makanan Untuk Semua ‘Frontliners’ Sepanjang MCO
16. Diskaun 50% Untuk Sewaan HDC Selama 6 Bulan
Secara keseluruhannya, Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang ini memperuntukkan sebanyak RM 1,154.54 juta untuk merangsang semula ekonomi Sarawak sepanjang bencana pandemik COVID-19 ini.