fbpx
Cerita Borneo

Scammer Ambil Kesempatan, 393 Kes Penipuan Topeng Sejak PKP Dilaksanakan

Jumlah Kerugian Yang Dicatatkan Setakat Ini Adalah RM1.1 Juta

Scammer Ambil Kesempatan, 393 Kes Penipuan Topeng Sejak PKP Dilaksanakan. Dalam kita mengharungi kesukaran akibat penularan wabak COVID19 muncul pula ramai penipu di atas talian yang mengambil kesempatan. Menurut pihak Polis Diraja Malaysia, setakat ini 393 kes penipuan membabitkan penjualan penutup mulut dan hidung dilaporkan kepada polis di seluruh negara dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) setakat ini dengan jumlah kerugian kira-kira RM1.1 juta.

Scammer Ambil Kesempatan, 393 Kes Penipuan Topeng Sejak PKP Dilaksanakan
Scammer Ambil Kesempatan, 393 Kes Penipuan Topeng Sejak PKP Dilaksanakan | Gambar hiasan

Pihak Polis Pandang Serius Perkara Ini

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor menerusi sebuah wawancara menerusi rancangan Malaysia Hari Ini berkata  pihaknya memandang serius aktiviti penipuan itu dan setakat ini, 26 individu ditahan dengan beberapa orang telah dituduh di mahkamah. 

“Ini satu penyakit, masih ada yang mengambil kesempatan untuk menipu masyarakat dalam situasi (wabak COVID-19) ini …pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,”

Datuk Mazlan Mansor

94 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu

Sementara itu, Mazlan berkata 94 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu berkaitan wabak COVID-19 di seluruh negara. 

“Ada enam kes telah dituduh di mahkamah manakala bakinya masih dalam siasatan. Polis menasihatkan orang ramai agar menggunakan media sosial dengan berhemah. 
“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu berhubung apa jua yang berlaku di negara ini,” katanya. 

Mengulas lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April ini, Mazlan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersiap sedia untuk melaksanakan perintah itu demi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan.

“Polis ada strategi tertentu dan saya harap masyarkat mematuhi peraturan yang digariskan dalam tempoh pelaksanaan PKP. Tindakan undang-undang (akan diambil) sekiranya gagal atau ingkar arahan,”

Guna Platform Sah Seperti Shopee, Lazada Untuk Pembelian

Bagi anda yang masih ingin mencari stok topeng di atas talian, anda boleh lihat di laman Shopee atau Lazada yang menjamin pembelian. Wang anda hanya akan dicaj apabila barang sudah sampai ke tangan anda. Elakkan untuk berinteraksi terus dengan individu individu yang cuba mengambil kesempatan dalam kesulitan.

Artikel Berkaitan

Back to top button