fbpx
Cerita Borneo

Scammer Boleh Keluarkan Duit Tanpa OTP, Pemuda Ini Rugi Ribuan Ringgit

Ingatkan Ada OTP Lebih Selamat, Rupanya Dah Jadi Modus Operandi Scammer

Scammer Boleh Keluarkan Duit Tanpa OTP, Pemuda Ini Rugi Ribuan Ringgit
Jonathan Sidi, mangsa penipuan sindiket scam tanpa OTP.

Pernah tak anda menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali kemudian menyuruh anda untuk transfer sejumlah wang ke dalam nombor akaun yang lain? Atau mereka mendakwa anda telah disaman dan dikehendaki membayar serta merta? Atau mereka kata tersalah transfer dan meminta anda mengembalikan wang mereka? Jangan percaya! Itu semua adalah contoh modus operandi scammer melalui talian telefon.

Kejadian yang sama turut berlaku kepada seorang pemuda di Kuching semalam. Namun, apa yang mengejutkan ialah scammer yang menghubungi beliau berjaya memindahkan sejumlah wang daripada nombor akaun beliau tanpa menggunakan kod OTP atau one time password. Bahaya betul!

Tidak Dilayan Tetapi Scammer Tetap Boleh Transfer Wang Ke Akaun Favourite List

Scammer Boleh Keluarkan Duit Tanpa OTP, Pemuda Ini Rugi Ribuan Ringgit
Scammer Boleh Keluarkan Duit Tanpa OTP, Pemuda Ini Rugi Ribuan Ringgit
Nombor telefon scammer yang berbeza tetapi menggunakan gambar profil mangsa. Nombor ini kemudiannya menghubungi pemilik akaun Favourite List.
Nombor telefon asal yang digunakan scammer untuk menelefon Jonathan.

Menurut pemuda tersebut yang bernama Jonathan Sidi, beliau dihubungi oleh scammer tersebut melalui talian telefon namun tidak dijawab. Kemudian, scammer tersebut telah menghantar Whatsapp mengatakan bahawa “isterinya” tersilap transfer dan menyertakan sekali screen shot OTP, kad pengenalan dan video nombor akaun untuk meyakinkan mangsa dan menghantar rayuannya itu berkali-kali kepada mangsa. Walau pun mangsa tidak membalas whatsapp tersebut, pengeluaran ke akaun Favourite List berjaya dibuat oleh scammer.

Kini, tumpuan beralih kepada pemilik akaun Favourite List. Scammer akan menghubungi pemilik akaun Favourite tersebut menggunakan gambar profil mangsa tetapi menggunakan nombor telefon yang baru atas alasan telah menukar nombor. Pemilik akaun tersebut akan diugut untuk disaman sekiranya enggan bekerjasama untuk mengembalikan wang tersebut ke nombor akaun yang lain. Modus operandi tersebut berjaya sekiranya pemilik akaun tersebut akur dengan ugutan. Dahsyat betul.

Netizen Beri Pandangan Lebih Detail Tentang Scam OTP

Dalam posting Jonathan yang kini sudah hampir mencecah 7.8 ribu likes, netizen turut memberi pandangan yang lebih terperinci tentang modus operandi yang diguna pakai oleh scammer ini.

Pada akhir posting Jonathan, beliau mengingatkan agar jangan sesekali online atau engage dengan scammer serta matikan data, wifi dan segala talian internet jika pemanggil disyaki scammer.

Nampaknya, scammer di negara kita semakin menjadi-jadi. Sudah tiba masanya pihak yang bertanggungjawab menggempur operasi scammer ini sebelum menjadi semakin parah. Anda mempunyai pengalaman scam? Kongsikan pengalaman anda supaya masyarakat sentiasa berhati-hati.

Artikel Berkaitan

Back to top button