fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Sebuah MPV Ditemui Terapung Berhampiran Tongkang Di Pantai Lutong, Miri

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
28 September 2020
Sebuah MPV Ditemui Terapung Berhampiran Tongkang Di Pantai Lutong, Miri
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Sebuah kenderaan MPV telah ditemui terapung berhampiran tongkang yang sedang berlabuh berhampiran Pantai Lutong di Miri sekitar jam 8 pagi ini.

Sebuah MPV Ditemui Terapung Berhampiran Tongkang Di Pantai Lutong, Miri. Punca kejadian tersebut belum dapat dipastikan lagi sementara pemilik MPV biru tersebut masih belum dikenal pasti.

Sebuah MPV Ditemui Terapung Berhampiran Tongkang Di Pantai Lutong, Miri
kereta tersadai berhampiran tongkang. kredit: borneo post

Kejadian berlaku kerana ombak yang kuat

Menurut orang yang berada di tempat kejadian, MPV tersebut telah diparkir berhampiran pantai sebelum ianya dibawa ke perairan oleh laut yang bergelora dan ombak yang kuat berikutan hujan lebat malam semalam.

Sementara itu, pemilik tongkang tersebut pula belum lagi diketahui.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Dipercayai bahawa tongkang tersebut telah dibawa oleh arus yang kuat sehingga tali tunda tongkang tersebut terputus di tempat lain.

Tiada kecederaan mahupun sebarang kehilangan nyawa dilaporkan.

Setakat ini, pihak berkuasa termasuk polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika dihubungi, mereka belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian tersebut.

Baca lagi disini:

Share70Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy