fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Kek Betawi

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
16 Jun 2020
Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Kek Betawi
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Hmmm.

Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Kek Betawi. Siapa yang tidak mengenali Kek Lapis Sarawak? Kek Lapis Sarawak merupakan ikon pelancongan Bumi Kenyalang dan ia sering kali menjadi hidangan istimewa untuk dijadikan sebagai buah tangan.

Kek Lapis Sarawak mula popular sekitar hujung tahun 90-an apabila seorang chef Sarawak, Rabiah Amit telah menerbitkan beberapa edisi resepi Kek Lapis Sarawak yang menghimpunkan puluhan resepi dan teknik pembuatan kek yang rumit seperti kek lapis gulung dan kek lapis dengan corak geometri.

ADVERTISEMENT

Sejak itu, Kek Lapis Sarawak menjadi hidangan komersial dan menjadi identiti Sarawak.

Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Kek Betawi
Kredit : emiliaputri.blogspot.com

Walau pun begitu, sebuah portal di Indonesia telah menulis bahawa Kek Lapis Sarawak sebenarnya berasal daripada sebuah kek Indonesia yang bernama Kek Lapis Betawi.

Malah, Kek Lapis Sarawak juga didakwa adalah modifikasi daripada kek lapis Betawi kerana memasukkan elemen corak dan warna yang pelbagai sejak tahun 1970-an.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Kek Lapis Betawi merupakan kek lapis berempah yang berasal dari Jakarta, Indonesia.

ADVERTISEMENT

Kek Lapis Betawi dianggap sebagai kek lapis tradisional kerana hanya menggunakan bahan asas pembuatan kuih dan tidak menggunakan ovelette. Manakala Kek Lapis Sarawak pula dianggap sebagai kek lapis moden kerana menggunakan ovellette serta mempunyai lebih banyak bahan.

Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Kek Betawi
Perbezaan antara Kek Lapis Betawi dan Kek Lapis Sarawak.
Kredit : sweet yummy taste & FB Razz Cakes

Ya, memang benar kedua-duanya adalah kek yang berlapis. Tetapi Kek Lapis Sarawak adalah sesuatu yang kelihatan sangat berbeza daripada Kek Lapis Betawi bukan?

ADVERTISEMENT

Portal tersebut mengulas tentang proses pembuatan Kek Lapis Sarawak yang rumit dan memerlukan pengiraan matematik bagi memastikan setiap lapisan dan corak seimbang, kemas dan cantik. Malah, Kek Lapis Sarawak sememangnya terkenal dengan kepelbagaian bahan adunan yang membuatkan harganya sangat premium dan mahal.

Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Betawi
Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Kek Betawi

Susulan kenyataan tersebut, ruangan komen portal tersebut juga dibanjiri dengan komen dari warga Indonesia yang tidak hairan melihat Kek Lapis Sarawak.

Hal ini kerana kek lapis yang bercorak dan berwarna-warni boleh didapati di tempat tinggal mereka, cuma dengan nama yang berlainan. Antaranya seperti Lapis Pelangi, Lapis Tikar dan Lapis Tegit Geribik.

Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Kek Betawi

Di kedai kek Liem di Bandung sudah lama ada kek lapis seperti itu.

Chacha

Kek seperti ini sudah lama ada, cuma ia mempunyai nama yang berbeza di Indonesia seperti Lapis Tikar dan tidak berwarna-warni. Baru beberapa tahun kebelakangan ini dilapis menggunakan pelbagai warna dan disebut Lapis Pelangi. Adakah ia dahulunya berasal dari Malaysia?

Desi Anis

Kek lapis seperti ini memang banyak sejak dari dulu di Indonesia. Jika di daerah Lampung, ia dinamakan Lapis Tegit Lapis dan Lapis Tegit Geribik.

Chyntia Feruca

Tidak Boleh Sebarang Guna Nama Kek Lapis Sarawak

Untuk pengetahuan anda, Kek Lapis Sarawak telah didaftarkan di bawah perlindungan perlindungan geographical indication (GI) sejak tahun 2010.

Menurut Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), petunjuk geografi atau geographical indication merupakan tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan sesuatu kawasan.

Kredit : FB Razz Cakes

Oleh yang demikian, mana-mana kek lapis yang dihasilkan di luar Sarawak tidak disebut sebagai Kek Lapis Sarawak tetapi sebaliknya hanya boleh dinamakan sebagai kek lapis ala Sarawak (Sarawak style/gaya Sarawak).

Kek Lapis Sarawak Makin ‘Advanced’, Pembuatan Guna Bahan Premium

Apatah lagi sekarang industri Kek Lapis Sarawak semakin eksklusif apabila pembuatannya mula menggunakan bahan yang premium seperti keju, serbuk Horlick, Nestum dan mentega asli.

Bukan itu sahaja, dekorasi atas Kek Lapis Sarawak pun mula menjadi trend serta pilihan warna juga diadun sendiri untuk menghasilkan warna pastel. Bukan main-main ya nak buat Kek Lapis Sarawak. Padan lah dengan harganya yang semakin melonjak.

Kredit : FB Razz Cakes

Apa-apa pun, persamaan hidangan dan budaya tidak dapat disangkal kerana kita berasal dari rumpun yang sama. Budaya ini berevolusi dari semasa ke semasa mengikut persekitaran. Apabila ia diubah suai, maka ia menjadilah suatu budaya yang baharu. Betul tak?

Apa pendapat anda tentang ‘claim’ ini? Adakah ia nya berasas atau sekadar perkongsian pendapat dari rakan kita dari seberang? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Baca artikel menarik yang lain mengenai Kek Lapis Sarawak di sini :

Share24849Tweet473SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy