fbpx
Cerita Borneo

Sebuah Simptom Terbaharu Dikaitkan Dengan Covid-19 Mula Dikesan Di Seluruh Dunia

Simptom ini digelar sebagai ‘COVID-Toe

Sebuah Simptom Terbaharu Dikaitkan Dengan Covid-19 Mula Dikesan Di Seluruh Dunia. Terkini sebuah gejala terbaharu dipercayai simptom berhubung dengan Covid-19. Menurut The New York Times, beberapa pakar dermatologi melapor lonjakan pesakit yang datang ke klinik mereka mengadu ‘chillblains’, iaitu sebuah lepuh berwarna merah atau ungu yang menyakitkan, biasanya muncul pada jari atau jari kaki pada musim sejuk.

Laporan terbaharu ini telah membimbangkan para pakar perubatan dan menghubungkan gejala ini sebagai tanda terbaharu sekiranya seseorang dijangkiti virus tersebut.

Sebuah Simptom Terbaharu Dikaitkan Dengan Covid-19 Mula Dikesan Di Seluruh Dunia
Sebuah Simptom Terbaharu Dikaitkan Dengan Covid-19 Mula Dikesan Di Seluruh Dunia

Dihubungkan dengan Covid-19 yang bermutasi

Menurut laporan NYT, tanda-tanda yang paling ketara untuk virus tersebut adalah batuk kering dan sesak nafas, tetapi virus ini dihubungkan dengan beberapa kesan yang tidak biasa dan pelbagai, seperti ‘kekeliruan mental dan kekurangan deria bau.’

Gejala ini tidak dimasukkan dalam senarai gejala Covid-19, tetapi beberapa ahli dermatologi mendesak perubahan dengan mengatakan gejala ini harus menjadi alasan yang mencukupi untuk diuji tentang perhubungannya dengan virus tersebut.

Beberapa rekod perubatan yang berasaskan kertas dari Sepanyol, Belgia dan Itali menggambarkan peningkatan aduan mengenai lepuh yang menyakitkan pada jari kaki pesakit, tumit tapak kaki; adakah pesakit dijangkiti tidak terlalu jelas, kerana mereka sihat dan pemeriksaan kesihatan adalah terhad.

Sebilangan besar kes ini telah dilaporkan pada kanak-kanak, remaja dan dewasa muda, dan beberapa pakar mengatakan bahawa mereka mungkin mencerminkan tindak balas imun yang sihat terhadap virus.

Dr. Freeman merupakan seorang pakar dermatologi berpusat di Boston, AS dan antara pakar yang bimbang dengan jumlah pesakit yang datang ke klinik beliau mengadu jari kaki yang bengkak dan berkata keadaan ini sangat membimbangkan dan harus diberi perhatian. Walaupun keadaan ini merisaukan, beliau berkata kita perlu kekal tenang.

“Mesej yang paling penting kepada orang awam adalah jangan panik – kebanyakan pesakit yang kami lihat dengan lepuh ini berada dalam keadaan baik. Mereka (pesakit) kini menjalani kursus klinikal yang ringan. Mereka pun diam di rumah, mereka semakin baik dan lepuh di kaki mereka semakin hilang,” ujarnya.

Saintis kini mengkaji fenomema ini

Para saintis baru mula mengkaji fenomena ini, tetapi setakat ini lepuh seperti chilblain menunjukkan ia boleh dijadikan tanda bahawa seseorang telah menghidapi jangkitan ringan atau tidak simptomatik. Ia juga kemungkinan akan berkembang selama beberapa minggu setelah fasa acute jangkitan berakhir.

Pesakit yang mengalami bengkak jari kaki dan lepuh merah dan ungu harus berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi untuk menolak kemungkinan penyebab lain. Tetapi, ada juga para pakar mengatakan pesakit yang mengadu gejala ini tidak boleh terus ke bilik kecemasan, di mana mereka berisiko dijangkit virus atau mendedahkan orang lain jika mereka dijangkiti. Jadi, sekiranya anda paranoid dengan lepuh di jari kaki anda, anda dinasihati untuk melawat doktor peribadi anda sebelum memutus untuk pergi ke bilik kecemasan di hospital.

Seorang lagi pakar dermatologi, Dr. Fox dari San Francisco berkata,

“Berita baiknya adalah lepuh seperti ‘chilblain’ biasanya bermaksud anda akan kembali sihat. Biasanya ini adalah petanda baik bahawa tubuh anda telah mengenalpasti virus tersebut dan membuat reaksi imun yang baik terhadapnya.”

Pesakit yang mengalami lepuh yang menyakitkan selalunya akan rasa risau. Lepuh ini kerap bermuncul di jari kaki dan akan berada di beberapa jari kaki di satu atau kedua-dua kaki dan mungkin menyakitkan pesakit kerana ia boleh menyebabkan sensasi yang ‘membakarkan’ atau gatal.

Pada mulanya, jari kaki akan kelihatan bengkak dan berwarna merah kemerahan; kadang-kadang bahagian jari kaki akan membengkak, dan lepuh atau lebam dapat dilihat. Lama-kelamaan, ia akan menjadi warna ungu.

Sebuah Simptom Terbaharu Dikaitkan Dengan Covid-19
Contoh-contoh lepuh di kaki. Kredit: International Journal of Dermatology

Masih tiada penjelasan bagaimana fenomena ini berhubung dengan virus

Buat setakat ini, tiada yang tahu mengapa virus mutasi ini boleh menyebabkan lepuh seperti chilblain. Satu hipotesis adalah ia disebabkan oleh keradangan, iaitu ciri utama virus terbabit. Keradangan juga menyebabkan salah satu sindrom paling serius yang berhubung dengan Covid-19 iaitu acute respiratory distress syndrome.

Hipotesis lain adalah lepuh disebabkan oleh keradangan di dinding saluran darah, atau oleh pembekuan mikro kecil dalam darah. (Pembekuan adalah ciri lain penyakit ini.)

Lepuh-lepuh yang dilihat pada orang yang sihat nampaknya berbeza dengan apa yang dilihat oleh doktor pada beberapa pesakit Covid-19 yang berada dalam rawatan intensif, dimana pembekuan darah boleh menjadi.

Sebilangan pembekuan darah ini mungkin sangat kecil dan dapat menyekat saluran yang sangat kecil, menyebabkan ruam pada jari kaki, kata Dr Humberto Choi, pakar pulmonologi dan doktor rawatan kritikal di Klinik Cleveland, AS.

Beberapa pakar kini percaya bahawa gejala ini yang digelar ‘Covid-toe’ harus diakui sebagai alasan yang cukup untuk melakukan ujian, walaupun tidak ada gejala lain.

“Ini harus menjadi kriteria untuk pengujian, seperti kehilangan bau, dan sesak nafas dan sakit dada,” kata Dr. Fox lagi.

Baca lagi artikel di sini:

Artikel Berkaitan

Back to top button