fbpx
Cerita Borneo

Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu

Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu

Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah

Perkhidmatan keretapi di Sabah telah wujud sejak zaman British North Borneo Company (BNBCC) lagi. Pembinaan keretapi telah dicadangkan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan BNBCC pada ketika itu iaitu William Clarke Cowie.

Landasan keretapi yang pertama dibina pada tahun 1896 bermula dari Beaufort ke Weston yang diketuai oleh Arthur J.West yang merupakan seorang Jurutera Awam Inggeris.

Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah kredit gambar-urang sabah

Landasan keretapi yang pertama dibina dari Bukau ke Weston sepanjang 37 kilometer dan dari Beaufort ke Melalap sepanjang 65 kilometer.
Pada awalnya pembinaan landasan keretapi dibuat kerana perkembangan permintaan berangan getah asli dan tembakau yang terletak di daeah Tenom manakala Weston pula dijadikan sebagai pelabuhan untuk mengeksport barangan buatan dari Tenom dan Beaufort.
Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah kredit gambar- amazing borneo
 kesemua landasan keretapi telah disiapkan oleh British iaitu pada zaman pemerintahan British North Borneo Chartered Company.
Pembinaan landasan keretapi ini telah menghubungkan bahagian timur dengan bahagian barat Utara Borneo.

Selain itu, pembinaan landasan keretapi juga telah membantu memgembangkan industri getah dantambakau yang ditanam di kawasan pedalaman Sabah seperti Melalap, Tenom Dan Beaufort.

Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah gambar hiasan

Ketika zaman pentadbiran British keretapi digunakan untuk mengangkut hasil tanaman getah dan tembakau ke pelabuhan Kota Kilabalu (Jesselton) untuk dieksport ke luar negara.
Selain itu perkhidmatan keretapi juga digunakan untuk mengangkut barangan luar kepada penduduk di kawasan pedalaman. Perkhidmatan landasan keretapi juga berfungsi untuk mengangkut penduduk-penduduk yang tinggal di sepanjang landasan keretapi dan juga mengangkut barangan penduduk seperti beras, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijual di pekan Tenom dan Beaufort.
Pembinaan landasan keretapi dari Beaufort ke pelabuhan di Jesselton telah disiapkan pada tahun 1906 dan pembinaan telah membolehkan bandar-bandar di sepanjang landasan berkempang dengan pesat.
Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah
pembinaan landasan keretapi dan aktiviti yang dilakukan telah mewujudkan pekan-pekan kecil dan bandar-bandar seperti Membakut, Papar, Kinarut, Putatan dan lain-lain telah membangun di sepanjang landasan keretapi tersebut.

Perkhidmatan keretapi juga menjadi sistem perhubungan yang utama pada waktu itu dan menjadi penyumbang penting kepada perkembangan ekonomi Negeri Sabah.

Baca artikel asal : Urang Sabah

Artikel Berkaitan

Back to top button