fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sejarah Restoran Francais Asal Sarawak Yang Perlu Anda Tahu

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
25 November 2019
Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Restoran Ini Sudah Dikira Legend di Sarawak!

Sejarah Restoran Francais Asal Sarawak Yang Perlu Anda Tahu. Adakah anda tahu bahawa Sarawak juga mempunyai rangkaian restoran makanan segera? Perniagaan francais merupakan sejenis perniagaan yang membolehkan sesebuah restoran tersebut membuka cawangan di kawasan baru. Kebiasaannya, cawangan dibuka oleh individu yang berminat dengan membayar modal initial capital investment, yuran francais serta sejumlah royalti kepada syarikat asal. Untung banyak tu.

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.

ADVERTISEMENT

1. SugarBun

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Kedai aiskrim SugarBun yang pertama. Kredit : The Borneo Post

SugarBun bermula dengan sebuah kedai ais krim yang terletak di Kenyalang Park, Kuching pada sekitar tahun 1979. Namun demikian, pengasas Sugarbun menyerahkan syer syarikat kepada pemegang saham yang baru pada tahun 1993 untuk dikembangkan. Pada ketika itu, syarikat ini sudah mempunyai 12 cawangan restoran di seluruh Sarawak. Sehingga kini, restoran ini dimiliki oleh Borneo Oil Berhad.

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Kedai Sugarbun pada awal operasinya. Kredit : SugarBun

Nasi Ayam Sugarbun, Nasi Yang Digemari Ramai

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Menu laku keras di SugarBun. Kredit : Eat Drink KL

Menu yang paling diingati di SugarBun semestinya Nasi Ayam Sugarbun yang beraroma unik dan dicampur dengan kismis. Selain itu, pilihan Asian Food nya yang terdiri daripada Chicken Mushroom Soup, Sambal Eco Fish, Assam Eco Fish, dan Kari Ayam juga menjadi menu laris restoran ini.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Restoran Makanan Segera Miliki Banyak Gelaran ‘Pertama’ di Malaysia. Wow!

Untuk pengetahuan anda, SugarBun merupakan restoran makanan segera yang banyak memiliki gelaran “Pertama” di Malaysia. Antaranya ialah restoran makanan segera pertama Malaysia yang mencapai pengiktirafan MS ISO 9002 dan francais makanan segera Malaysia pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Selain itu, SugarBun juga merupakan restoran makanan segera Malaysia pertama yang menembusi pasaran antarabangsa. Fuhh, ini baru betul legend!

ADVERTISEMENT
Kedai SugarBun di Kuala Lumpur. Kredit : Business Today

Sehingga hari ini, SugarBun telah membuka sebanyak 89 cawangan di dalam dan luar negara termasuklah di Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Labuan, Australia, Brunei, Bangladesh dan Pulau Solomon.

2. SCR (Singapore Chicken Rice)

Singapore Chicken Rice atau nama singkatannya SCR merupakan francais restoran segera nasi ayam yang turut diasaskan di Sarawak. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Johnson Tan. Pada asalnya, niat pembukaan restoran ini sebenarnya untuk menolong seorang rakan memulakan pekerjaan di Kuching setelah lama bekerja dengan Johnson di Singapura. Akhirnya, restoran Singapore Chicken Rice ditubuhkan bersama rakan kongsi, William Chen dan dibantu oleh chef Singapura, Tan Get Meng. Operasi pertama restoran ini bermula di Jalan Song Thian Cheok, Kuching dengan keluasan kedai sekitar 1,200 kaki persegi dilengkapi penyaman udara.

ADVERTISEMENT

Konsep Restoran Ber’Aircond‘ Titik Mula Kemegahan SCR

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Kredit : The Borneo Post

Konsep kedai SCR ketika ia mula diperkenalkan adalah untuk menyediakan servis hidangan nasi ayam dalam sebuah ruang restoran berpenghawa dingin dengan pekerja yang lengkap beruniform. Pada ketika itu, nasi ayam kebanyakannya dijual di kedai kopi dan kopitiam. Disebabkan konsep nya yang lain daripada yang lain, SCR berkembang menjadi sebuah francais restoran yang mesra keluarga dengan persekitaran yang bersih dan selesa.

Cawangan Bukan Sahaja di Sarawak, Brunei dan Indonesia Pun Ada!

Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.

SCR kini telah mempunyai sub-brand iaitu SCR Express yang menggabungkan menu lama dan menu baru. Antara bestselling menu tentunya pilihan nasi ayam sama ada steamed atau pun fried, baby kailan in oyster sauce, beancurd in oyster sauce dan chicken meat roll. SCR kini telah mempunyai sebanyak 30 cawangan restoran termasuklah di Brunei dan Indonesia.

Mesti ada yang baru tahu tentang sejarah restoran francais asal Sarawak ini kan? Semoga lebih banyak restoran jenama Sarawak seperti ini mampu berkembang dan menembusi pasaran dunia. Siapa tak bangga kalau tiba-tiba ada Sugarbun dan SCR dekat New York kan? Suatu hari nanti, siapa tahu.

Jangan lupa like dan share post ini. Untuk lebih banyak cerita menarik, follow kami di laman sosial :

Facebook : I Love Borneo

Instagram : @iloveborneomy

Youtube : I Love Borneo

Share10473Tweet54SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy