fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sejarah Tercipta, Space X Muncul Syarikat Swasta Pertama Hantar Manusia Ke Angkasa

iloveborneo Oleh iloveborneo
31 Mei 2020
Sejarah Tercipta, Space X Muncul Syarikat Swasta Pertama Hantar Manusia Ke Angkasa
Share on FacebookShare on Twitter

Demo-2 berjaya dilancarkan hari ini

Sejarah Tercipta, Space X Muncul Syarikat Swasta Pertama Hantar Manusia Ke Angkasa. Space X melakar sejarah hari ini apabila muncul sebagai sebuah syarikat swasta yang pertama menghantar manusia untuk misi ke angkasa.

Sejarah Tercipta, Space X Muncul Syarikat Swasta Pertama Hantar Manusia Ke Angkasa
Sejarah Tercipta, Space X Muncul Syarikat Swasta Pertama Hantar Manusia Ke Angkasa

Misi yang dipanggil sebagai Demo-2 menggunakan kapsul krew dragon yang dipadankan dengan pelancar roket Falcon 9 milik Space X. Falcon 9 adalah pelancar roket ciptaan Space X yang boleh digunakan semula berkali kali, satu kelebihan yang setakat ini menjadikan Space X sebagai peneraju dalam teknologi penjelajahan angkasa.

Sejarah Tercipta, Space X Muncul Syarikat Swasta Pertama Hantar Manusia Ke Angkasa

Misi pertama membawa manusia oleh Space X ini diterajui oleh 2 orang angkasawan berpengalaman iaitu Douglas Hurley dan juga Robert Behnken.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Douglas Hurley merupakan juruterbang terakhir space shuttle milik NASA pada tahun 2011 sebelum pesawat tersebut ditamatkan operasi.

Robert Behnken pula merupakan angkasawan yang kali terakhir ke pusat angkasa antarabangsa pada tahun 2010. Kedua dua angkawasan ini dahulunya merupakan juruterbang tentera pada mulanya.

Space X Dragon merupakan kapsul angkasa yang canggih!

Space X Dragon merupakan sebuah kapsul angkasa yang sangat canggih, dilengkapi dengan paparan touchscreen dan berkebolehan untuk beroperasi tanpa perlu campur tangan dari juruterbang.

Misi Demo-2 kali ini adalah untuk melengkapkan ujian terhadap penerbangan manusia dengan menggunakan teknologi dari Space X. Sekiranya misi ini berjaya, ini bermakna teknologi dari Space X ini boleh digunakan untuk membawa manusia ke angkasa.

Misi ini juga amat penting kerana pada masa hadapan, NASA merancang untuk membuka pelancongan angkasa di mana orang awam yang mampu boleh membayar untuk ke angkasa dan untuk ke Pusat Angkasa Antarangsa secara amnya.

Sebelum ini, Space X telah melakukan beberapa operasi penerbangan angkasa tanpa manusia untuk menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Antarabangsa.

Misi Demo-2 ini juga merupakan satu momen penting untuk Amerika Syarikat kerana ianya merupakan misi pertama dalam 9 tahun yang dilancarkan dari negara tersebut. Misi ini menjadi satu kebanggaan kerana Amerika Syarikat berjaya ‘membawa pulang’ misi menghantar manusia ke angkasa dari negara mereka.

Baca juga artikel lain :

Share245Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy