fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sekatan Jalan Raya Di Daerah Kuching, Sibu Dan Miri Akan Berkuatkuasa Malam Ini

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
12 Januari 2021
Sekatan Jalan Raya Di Daerah Kuching, Sibu Dan Miri Akan Berkuatkuasa Malam Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sekatan jalan raya PKPB akan bermula pada malam ini.

Sekatan Jalan Raya Di Daerah Kuching, Sibu Dan Miri Akan Berkuatkuasa Malam Ini. 10 sekatan jalan raya oleh polis di Zon Kuching, Sibu dan Miri akan bermula tengah malam ini menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Hal ini adalah susulan daripada pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga zon tersebut.

ADVERTISEMENT

“Bagi zon Kuching, akan ada sekatan jalan raya di setiap daerah iaitu di Kuching, Padawan, Kota Samarahan, Bau dan Lundu dan untuk di Sibu akan didirikan empat sekatan jalan raya termasuk di Sarikei. Manakala di Miri hanya satu sekatan jalan raya dan kesemua sekatan tersebut akan bermula jam 12 tengah malam ini,” kata beliau pada hari ini.

Sekatan Jalan Raya Di Daerah Kuching, Sibu Dan Miri Akan Berkuatkuasa Malam Ini
Sekatan Jalan Raya Di Daerah Kuching, Sibu Dan Miri Akan Berkuatkuasa Malam Ini

308 anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditugaskan

Selain itu, seramai 308 anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditugaskan untuk sekatan jalan raya tersebut.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

“Anggota kita telah bersiap sedia untuk melaksanakan tugas dalam bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19,” tambah beliau.

ADVERTISEMENT

Sementara itu, beliau turut menasihati orang ramai agar menghadkan pergerakan sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan.

“Nasihat saya agar mereka yang berada di Zon Merah khasnya agar menghadkan pergerakan dan jika ada keperluan kecemasan perlu dapatkan permit,” tegas beliau.

ADVERTISEMENT

Lagi di sini:

Source: Utusan Borneo
Share132Tweet83SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy