fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
29 November 2019
Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Satu Kilo Bersamaan Dengan Gaji Sebulan Wo!

Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia
Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia . Kredit : SAYS

Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia .Istimewa kah empurau? Mengapa harga ikan ini boleh mencecah hingga ribuan ringgit?

Ikan empurau atau nama saintifiknya Tor tambroides, merupakan sejenis spesis ikan yang bersisik tebal. Di Sarawak, ikan empurau ini hanya boleh didapati di kawasan sungai yang bersih dan memakan buah-buahan liar yang jatuh ke sungai. Jika di Semenanjung, ikan ini sama level digelar ikan kelah.

ADVERTISEMENT

Spesis ‘Rare‘, Sukar Dijumpai

Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia
Kredit : SAYS

Untuk pengetahuan anda, spesis ini sangat sukar dijumpai kerana ia hanya hidup di kawasan sungai dengan aliran air yang deras. Selain itu, ia juga memerlukan persekitaran yang bersih untuk kekal hidup.

Oleh sebab itu, ikan ini menjadi kegilaan untuk sukan memancing kerana kepuasan menangkapnya. Mana tidaknya, tangkapan seekor ikan boleh mencecah sehingga 40 kilogram!

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Harga pasaran untuk sekilo ikan ini pula adalah sekitar RM 2000, cuba anda darab pula dengan 40? Fuhh! Speechless.

ADVERTISEMENT

Buah Mentega Sarawak Jadikan Rasanya Berlemak dan Savoury

Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia
Buah engkabang jantung. Kredit : FRIM

Rahsia di sebalik keenakan isi ikan empurau ini pula ialah daripada diet pemakanannya. Menurut pengusaha ikan empurau di Sarawak, buah engkabang jantung merupakan makanan ruji ikan ini kerana ia mampu memberikan rasa berlemak pada isi ikan.

Namun, buah yang digelar ‘Mentega Sarawak‘ oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ini telah dikategorikan sebagai spesis yang terjejas.

ADVERTISEMENT

Secara tidak langsung, sumber untuk mendapatkan engkabang sebagai sumber makanan ikan ini juga sangat sukar. Ia menjadikan harga jualannya sangat tinggi selain menjaga kualiti rasa ikan empurau.

Ambil Masa Yang Lama Untuk Membesar

Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Empurau Ikan Paling MEWAH di Malaysia
Kredit : pinterest.com

Ikan empurau ini juga mengambil masa yang lama untuk membesar iaitu sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum boleh dijual dengan harga yang tinggi. Dikatakan, hanya empurau dewasa sahaja yang mempunyai nilai yang tinggi kerana ikan-ikan yang bersaiz kecil mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Selain itu, isi ikan anak ikan empurau juga masih terlalu lembut. Ini dapat memberi ruang kepada anak-anak ikan empurau untuk membesar dengan sihat dan matang.

Berapa Harga Sebenar Empurau?

Kredit : Borneo Media Solutions

Seekor ikan empurau seberat 1 kilogram boleh mencecah sehingga RM 1500 hingga RM 2000. Namun demikian, ikan empurau dengan berat lebih daripada 3 kilogram mempunyai harga jualan yang lebih lumayan kerana isinya padat dan kenyal.

Dikhabarkan, ikan empurau putih yang bersaiz sedikit pendek lebih bernilai daripada ikan empurau merah. Ikan empurau liar yang ditangkap di sekitar Kapit sering kali mencecah harga yang lebih tinggi.

Bagi peminat sukan memancing, anda boleh lah mencuba untuk memancing ikan empurau ini di Sarawak. Mana lah tahu, kalau nasib anda baik, boleh dapat ribuan ringgit daripada seekor ikan.

Kalau tak mahu dijual, sekurang-kurangnya anda boleh merasa isi ikan mewah ini dalam mulut anda. Once in a life time, bro.

Anda ada cadangan atau komen? Jangan lupa like dan share post ini!

Share78559Tweet65SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy