fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
29 Julai 2020
Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Penangguhan diperluaskan kepada 49 buah sekolah.

Susulan peningkatan kes positif di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini melanjutkan penangguhan pembukaan semula sekolah di bahagian Kuching, Samarahan dan Padawan sehingga 17 Ogos 2020.

Penangguhan yang pada asalnya berakhir pada 3 Ogos itu disambung sehingga 17 Ogos 2020 dan diperluaskan lagi kepada 25 buah sekolah di Padawan dan 24 buah sekolah di Samarahan.

ADVERTISEMENT

Melibatkan sekolah rendah, Tingkatan 1 hingga 4 dan Tingkatan 6 Rendah

Kelas-kelas yang terlibat adalah merangkumi kelas Darjah 1 hingga 6, Tingkatan 1 hingga 4, serta Tingkatan 6 Rendah.

Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020
Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020

Walau bagaimanapun, pelajar Prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas akan bersekolah seperti biasa.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Keputusan tersebut dibuat setelah mendapat saranan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Majlis Keselamatan Negeri Sarawak serta dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

ADVERTISEMENT

Pelajar pulang ke Matrikulasi disediakan bantuan pengangkutan dari lapangan terbang

Bagi pelajar Sarawak yang bakal melanjutkan pelajaran di kampus Matrikulasi di seluruh negara, mereka boleh mendapatkan khidmat bantuan pengangkutan seperti yang diwar-warkan oleh Sarawak Volunteers.

Program kerjasama antara Sarawak Volunteers dan JPBNS ini menyediakan khidmat pengangkutan dari lapangan terbang ke kampus matrikulasi atau tempat tinggal.

ADVERTISEMENT
Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020

Khas untuk pelajar yang tidak dapat ditemani ibu bapa atau penjaga

Bantuan ini khas untuk pelajar Sarawak yang tidak ditemani oleh ibu bapa mereka semasa proses mendaftar memandangkan ibu bapa atau penjaga perlu menjalani perintah kuarantin jika mereka pulang dari Semenanjung atau Labuan kelak.

Walau bagaimanapun, pengangkutan udara seperti tambang penerbangan adalah di bawah tanggungan pelajar itu sendiri.

Dalam perkembangan lain, terdapat dua kes positif baharu dikesan di Sarawak hari ini yang melibatkan penambahan kes untuk dua kluster sedia ada. Kes kontak rapat ini dikesan masing-masing bagi Kluster Sentosa dan Kluster Mambong.

Baca juga perkembangan lain berkaitan COVID-19 di Sabah dan Sarawak :

Share62Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy