fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Selalu Beri Keputusan Saat Akhir, Para Pelajar IPT Berang Dengan Keputusan Terbaharu KPT

Kedung BK Oleh Kedung BK
2 Oktober 2020
Selalu Beri Keputusan Saat Akhir, Para Pelajar IPT Berang Dengan Keputusan Terbaharu KPT
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat pengumuman baharu mengenai pendaftaran kemasukan Oktober 2020 seminggu sebelum pendaftaran tersebut

Selalu Beri Keputusan Saat Akhir, Para Pelajar IPT Berang Dengan Keputusan Terbaharu KPT. Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi mengenai pendaftaran kemasukan Oktober 2020 (yang sepatutnya diadakan minggu depan).

Walau bagaimanapun, keputusan KPT untuk memberi pengumuman secara last minute telah mengundang kecaman daripada para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi mereka, keputusan tersebut sangat mengejutkan dan membebankan mereka dari segi masa bahkan kewangan.

Selalu Beri Keputusan Saat Akhir, Para Pelajar IPT Berang Dengan Keputusan Terbaharu KPT
Selalu Beri Keputusan Saat Akhir, Para Pelajar IPT Berang Dengan Keputusan Terbaharu KPT

“Come on la, semua bagi announcement penting last minute…” – Netizen

Seorang pelajar IPT menerusi Twitter, @chewmernchwe, kongsikan kemarahannya kepada KPT yang sering membuat pengumuman pada saat terakhir.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

Ini Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri

Kredit: Twitter

“Kami sudah bayar asrama masing-masing dan tiba-tiba sekarang kena belajar secara dalam talian sekali lagi untuk semester seterusnya. Teruskan, rosakkan semua. Kau ahli politik tidak dibayar apa-apa, makan gaji buta sahaja,” katanya.

Beliau teruskan luahan kemarahannya dalam rangkaian tweet seterusnya:

“Sudah lah semua pengumuman diberi pada saat terakhir, macam pendedahan jantina! Kepada semua, saya hanya nak mengatakan bahawa anda semua tak akan faham kami sebab anda semua tak berada dalam keadaan kami. Bayangkan kami membayar banyak dan mendapat berita seperti ini? Sebelum ini, ia memang pembelajaran dalam talian dan kemudian mereka membenarkan kelas secara bersemuka dan sekarang tiba-tiba pembelajaran dalam talian. Mengapa tidak hanya berpegang pada satu keputusan sahaja?”

Rata-rata para pelajar IPT mempunyai pendapat sama

Tinjauan pada perkongsian Tweet tersebut mendapati rata-rata pelajar IPT mempunyai pendapat sama. Berikut adalah antara komen mereka:

KPT should have just decided that ALL classes are online regardless of the situation. Would have avoided a lot more confusion and wastage. Instead of making MUTLIPLE u-turns in their decision, they should have invested in providing the necessary resources for online learning https://t.co/5iKVPTYSM7

— Bootleg Amal Clooney (@SyreneTajul) October 2, 2020

“KPT seharusnya membuat keputusan bahawa SEMUA kelas akan dibuat dalam talian, tak kira situasi. Ia akan mengelakkan banyak kekeliruan dan pembaziran. Daripada membuat pelbagai U-Turn dalam keputusan mereka, mereka seharusnya melabur dalam menyediakan sumber yang diperlukan untuk pembelajaran dalam talian.”

Apa function menteri KPT? Setakat ada jawatan dgn Jarah projek2 under KPT sampai lupa buat kerja?????????????? Dari Mco dulu lagi student benci. Dasar menteri tiktok. https://t.co/L0rTjgnaDW

— Ashraf Shuhaimi (@ashraf_shuhaimi) October 2, 2020

rumah sewa sdh bayar tiket flight sdh beli zzz https://t.co/WGXPucQEYo

— name cannot be blank (@SyazwanAsyrif) October 2, 2020

And some students dah bayar duit hostel walaupun odl. Atas factor line macam haram kat rumah. Nak masuk esok ni tapi keputusan pekeliling dari pihak University pun tak keluar lagi. Bagi keputusan last minute. https://t.co/QCc1GlsXI6

— za (@SyahizaKadir) October 2, 2020

Tedah juak sida ya. Nak berangkut ke sana, ke sini bukan perkara yang mudah, malah membebankan dari segi kewangan. Semoga segala urusan dipermudahkan untuk para pelajar IPT.

Lagi di sini:

Share111Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy