fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Selalu Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial, Wanita Ini Ditahan Polis Disyaki Cuba Mencuri 21 Pakaian

Kedung BK Oleh Kedung BK
10 Ogos 2020
Selalu Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial, Wanita Ini Ditahan Polis Disyaki Cuba Mencuri 21 Pakaian
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

“Beg LV tu cik kak original ke? Mampu ke nak beli tu? Ke hasil mencuri jugak?” – Netizen

Selalu Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial, Wanita Ini Ditahan Polis Disyaki Cuba Mencuri 21 Pakaian. Dilaporkan seorang guru tuisyen wanita ditahan polis setelah disyaki cuba mencuri sebanyak 21 pakaian di sebuah butik di pusat beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Wanita tersebut dikenali sebagai seorang influencer Instagram yang mempunyai sebanyak 9k pengikut serta sering menunjukkan kemewahan dia menerusi media sosial berkenaan.

ADVERTISEMENT
Selalu Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial, Wanita Ini Ditahan Polis Disyaki Cuba Mencuri 21 Pakaian

Percubaan untuk mencuri pakaian gagal akibat disedari pekerja butik berkenaan

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulizam Mohd Zainuddin @Hilmi, pihaknya menerima maklumat daripada penyelia butik tersebut tentang kejadian itu pada 6:30PM.

“Ketika penyelia tersebut membuat pemantauan di butiknya, beliau melihat suspke dalam keadaan mencurigakan dan dilihat mengisi beberapa pakaian ke dalam beg butik berkenaan,” katanya.

Wanita tersebut, yang berusiah 28 tahun, dilihat keluar dari butik berkenaan tanpa membuat pembayaran menyebabkan penggera di pintu keluar berbunyi.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

ADVERTISEMENT

Semasa pemeriksaan dilakukan, wanita terbabit gagal mengemukakan resit pembelian. Dia kemudian ditahan pihak pengurusan butik bagi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Dianggar RM4,310 kesemuanya

Semasa pemeriksaan, sebanyak 21 pakaian bernilai RM4,310 dirampas untuk siasatan lanjut.

ADVERTISEMENT

“Suspek direman selama dua hari bermula hari ini (Ahad) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Kesesksaan kerana mencuri dalam bangunan,” ujarnya Asisten Komisioner Zairulizam.

Selalu Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial, Wanita Ini Ditahan Polis Disyaki Cuba Mencuri 21 Pakaian
Pakaian yang dicuri oleh wanita tersebut. Kredit: Hmetro

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan maklumat mengenai kegiatan jenayah di daerah tersebut menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222 untuk tindakan lanjut.

Kalau mampu, buat cara mampu. Jangan sebab nak show off terus nak mencuri, ok?

Lagi disini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy