fbpx
Cerita Borneo

Selamba Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’

Konten Di Ladang Sawit Pun On Saja.

Selamba Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’. Memulakan sebuah saluran Youtube dan mendapat bayaran daripada pengiklanan di dalam nya bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi banyak saluran lain yang lebih menarik dan berpotensi untuk mengumpul pengikut yang ramai dalam masa yang singkat. Malah, proses suntingan video juga bukan mudah. memerlukan dedikasi yang tinggi.

Jika anda cukup rajin dan pintar seperti lelaki ini, mungkin anda boleh menjadikan pekerjaan harian anda sebagai punca pendapatan anda di platform seperti Youtube. Contohnya seperti lelaki Indonesia yang bernama Dimas Pratama ini. Walau pun hanya bekerja sebagai pekerja sawit, beliau berjaya menarik perhatian ramai dengan hanya memuat naik video rutin harinnya sebagai pekerja sawit di Youtube.

Setakat artikel ini ditulis, beliau sudah mempunyai sebanyak 153K ‘subscribers’ di saluran Youtube miliknya.

Selamba Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K 'Subscribers'
Selamba Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’

Tidak Lekang Muat Naik Video Sejak 2 Tahun Yang Lalu

Berasal dari Indonesia, lelaki ini bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor. Pemuda yang menggunakan nama saluran Dimas Pratama ini tidak pernah lekang memuat naik video di saluran Youtube nya sejak dua tahun yang lalu. Menerusi bahagian ‘About’, beliau menjelaskan bahawa saluran Youtube yang dibuat bukanlah untuk menunjukkan kekuatan beliau mengangkat buah sawit. Sebaliknya, beliau ingin berkongsi rutin hariannya sebagai pekerja sawit dan tips berkaitan pekerjaan di ladang sawit.

Video pertama yang dimuat naik adalah berkenaan trik untuk mengangkat buah sawit masuk ke dalam lori muatan. Kemudian, disusuli dengan pelbagai video rutin harian serta kejadian yang berlaku di ladang sawit tempat beliau bekerja.

Lebih menarik, beliau merupakan Youtuber sawit pertama yang mendapat ‘silver play button’ dari Youtube. Mantap cuyy!

Selamba Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K 'Subscribers'
Selamba Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’.

Kontennya Dekat Di Hati Anak Perantau Indonesia

Walau pun dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, namun konten yang dihasilkan begitu dekat dengan jiwa anak perantau Indonesia. Bukan itu sahaja, video yang dimuat naik juga menunjukkan pengajaran dan nilai hidup. Seperti video gaji pertama di Malaysia, walau pun gaji yang diterima tidak seberapa, yang penting halal dan berkat untuk dibelanjakan oleh keluarga. Alhamdulillah.

Malaysia Pun Ada Youtuber Nelayan Pantai

Untuk pengetahuan anda, terdapat seorang Youtuber dari Malaysia yang mempunyai jumlah ‘subscribers’ yang agak ramai dan menggunakan konsep konten yang sama seperti Dimas Pratama. Beliau adalah Sazali Adam Bahar. Lelaki ini bekerja sebagai seorang nelayan pantai dan sering memuat naik konten berkenaan hasil tangkapan yang diperolehinya dari laut. Bukan itu sahaja, Sazali turut berkongsi tips serta kemahiran menangkap hasil laut yang sangat berguna.

Membahasakan dirinya sebagai ‘hamba’ dan panggilan kepada penontonnya ‘sahabat’, Youtuber ini sangat bersopan santun dan bersahaja dalam menyampaikan konten nya. Setiap kali beliau mendapat hasil tangkapan, beliau juga tidak lekang menyebut ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda syukur dengan rezeki yang diperolehi pada hari tersebut.

Sehingga kini, beliau telah meraih sebanyak 161K ‘subscribers’ sejak aktif memuat naik video sejak setahun yang lalu. Tanpa suntingan yang ‘fancy’ dan sinematik, seorang nelayan pantai pun boleh ‘go’ dalam dunia Youtube.

Dua individu ini membuktikan bahawa memulakan sebuah saluran Youtube tidak memerlukan kos yang tinggi dan peralatan yang canggih. Yang penting, anda fokus dengan apa yang anda ingin ketengahkan di saluran Youtube anda. Tidak dilupa juga, konsisten walau pun pada asalnya tiada yang mengenali saluran anda.

Usaha tangga kejayaan.

Jadi Youtuber bukan lesen untuk anda melakukan ‘prank’ sewenang-wenangnya. Baca kisah Youtuber Indonesia yang malang ini :

Baca juga pesan seorang ‘influencer’ dari Sabah ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close