fbpx
Cerita Borneo

Selepas Tabuan, Giant Petrajaya Pula Buat Clearance Sale

Jualan Penghabisan Stock Giant Kini Ke Cawangan Lain Pula

Selepas Tabuan, Giant Petrajaya Pula Buat Clearance Sale. Selepas Giant Tabuan membuka tirai clearance sale, hari ini Giant Petrajaya turut membuat diskaun lantas mengukuhkan lagi desas desus Pasaraya Besar itu untuk menutup operasinya di Sabah dan Sarawak. Untuk Giant Petrajaya, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 20 peratus untuk barangan elektrik dan sehingga 25 peratus untuk barangan lain.

Selepas Tabuan, Giant Petrajaya Dan Padawan Pula Buat Clearance Sale

Semua Diskaun, Jualan Mega

Menurut perkongsian yang dimuatnaik di laman Facebook Giant Hypermarket Petra Jaya pagi ini, mereka memuat naik beberapa keping gambar dengan jumlah diskaun bagi barang barang tertentu, di samping turut menandakan terus di bahagian bahagian tertentu, diskaun yang akan didapati pelanggan.

Barangan elektrik sebagai contoh, ditandakan diskaun 20%. Barangan lain pula ada yang serendah 5% dan setinggi 25%.

Memandangkan ini adalah clearance sale maka ada sesetengah syarat yang ditetapkan seperti di bawah :

Selepas Tabuan, Giant Petrajaya Pula Buat Clearance Sale

Ha, jika anda sedang merancang untuk membeli belah hari ini, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk ke Giant Petrajaya hari ini. Oh ya, pastinya siapa cepat dia dapat. Selamat berhujung minggu kami ucapkan

Baca Artikel Lain Mengenai Giant Di Sabah Dan Sarawak

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/supermarket-giant-bakal-meninggalkan-sabah-dan-sarawak/
http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/giant-tabuan-diserbu-pelanggan-sempena-jualan-penutupan/

Artikel Berkaitan

Back to top button