fbpx
Cerita Borneo

Semangat ‘Anak Kampung’, Penyanyi Jimmy Palikat Mahu Jadi Calon Bebas PRN Sabah

Semangat ‘anak kampung’ yang membara!

Semangat ‘Anak Kampung’, Penyanyi Jimmy Palikat Mahu Jadi Calon Bebas PRN Sabah. Tidak lama lagi, negeri Sabah bakal mengadakan pilhanraya negeri sekali lagi setelah Dewan Undangan Negeri dibubarkan minggu lalu. Pilihan raya yang baru dijangka akan berlangsung dalam masa 60 hari sahaja lagi.

Untuk pilihan raya kali ini, seorang penyanyi tempatan Sabah yang popular menerusi lagu ‘Anak Kampung’, Jimmy Palikat telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas.

Ingin cuba nasib walaupun tiada pengalaman politik

Beliau yang tidak mempunyai pengalaman sebagai ahli politik mencuba nasib untuk bertanding untuk pilihan raya kali ini. Sekiranya pertaruhan beliau ‘menjadi’ dan memenangi pilihan raya sebagai wakil rakyat, pastinya ia merupakan satu kejutan besar.

Semangat 'Anak Kampung', Penyanyi Jimmy Palikat Mahu Jadi Calon Bebas PRN Sabah
Semangat ‘Anak Kampung’, Penyanyi Jimmy Palikat Mahu Jadi Calon Bebas PRN Sabah
Sumber : IZZRAFIQ ALIAS / The Star

Namun demikian, impian untuk menjadi wakil rakyat untuk pilihan raya pada tahun ini adalah sekadar minat dan angan-angan sahaja. Jimmy dilihat selesa untuk ‘follow the flow’ sekiranya tarikh penamaan calon diumumkan kelak.

Dijangka pilih kerusi Tambunan, Jimmy nekad bantu rakyat jika dipilih

Walau pun sekadar angan-angan, Jimmy juga tidak menafikan bahawa beliau akan mempertimbangkan bidang politik jika diberi peluang menjadi wakil rakyat. Namun, perjuangannya adalah berlandaskan tiket bebas dan bukannya memihak kepada mana-mana parti politik.

Jimmy yang dijangka bertanding di DUN Tambunan jika diberi peluang akan berusaha untuk membantu masyarakat di kampungnya memandangkan beliau sendiri adalah ‘anak kampung’ yang pernah merasa susah dalam kehidupan.

Tambahnya lagi, beliau akan membantu rakyat serta membawa pembangunan sekiranya beliau menjadi pilihan rakyat di kampungnya.

Bahkan, beliau memahami sekiranya hasrat tersebut menjadi bahan jenaka orang ramai namun sekiranya menjadi nyata, beliau berikrar akan membantu rakyat sebaik mungkin dan menyampaikan suara rakyat berbanding hanya bermain politik.

Artis Sabah aktif politik bukan perkara luar biasa

Penyanyi yang berusia 41 tahun itu turut menyatakan bahawa terdapat artis Sabah yang ‘terjun’ dalam bidang politik dan dirinya bukanlah orang yang pertama.

Semangat 'Anak Kampung', Penyanyi Jimmy Palikat Mahu Jadi Calon Bebas PRN Sabah

Mengambil contoh penyanyi, pelakon dan pelawak, Abu Bakar Ellah, beliau telah memberanikan diri bertanding di DUN Kuamut sebagai calon bebas. Namun, akhirnya kalah dalam persaingan 5 penjuru PRU-11.

Bukan kaleng-kaleng ya Jimmy Palikat ini.

Anda boleh lihat senarai ahli politik Sabah yang melompat parti di laman sesawang ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button