fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Senang Naik Tapi Susah Turun, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mencabar Daki Batu Punggul Nabawan Di Sabah

Kedung BK Oleh Kedung BK
7 September 2020
Senang Naik Tapi Susah Turun, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mencabar Daki Batu Punggul Nabawan Di Sabah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Bah, berani kah?

Senang Naik Tapi Susah Turun, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mencabar Daki Batu Punggul Nabawan Di Sabah. Baru-baru ini, kebanyakan orang telah mulai mengamalkan gaya hidup sihat dengan hiking, di mana aktiviti ini kini menjadi trend seperti yang dinampak menerusi media sosial.

Selain di Sarawak, negeri jiran kita iaitu Sabah juga tak ketinggalan trend ini.

ADVERTISEMENT

Bagi lelaki ini pula, beliau yang memang dari dahulu penggemar aktiviti hiking berkongsi pengalaman beliau ketika mendaki Batu Punggul Nabawan di Sabah.

Senang Naik Tapi Susah Turun, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mencabar Daki Batu Punggul Nabawan Di Sabah

Anak jati Sarawak menyahut cabaran mendaki Batu Punggul Nabawan

Amos Winter menceritakan pengalaman beliau mendaki batu punggul ini agar ia dapat dijadikan rujukan kepada orang lain yang berminat.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT
Amos Winter di puncak Batu Punggul Nabawan. Kredit: Amos Winter

Ketika ditemu bual, Amos mengatakan pendakian ini bukan mencabar tetapi bahagian menurunnya mencabar.

Terletak di Daerah Nabawan, Kampung Sapulut di Sabah, sesiapa yang berminat perlu membuat booking dahulu sebab walk in tidak digalakkan. Hal ini kerana kemungkinan besar akan tiada slot serta pihak pengurusan tidak mahu menerima terlalu banyak pengunjung atas sebab SOP Covid-19.

ADVERTISEMENT
Nombor telefon pihak pengurusan. Kredit: Amos Winter

Anda akan diberi 3 pilihan untuk mendaki Batu Punggul iaitu:

  1. Jika anda nak hiking 2.4KM – pergi dan balik RM30.
  2. Jika anda nak hiking 2.5KM – pergi, balik naik bot RM40.
  3. Pergi, balik naik bot RM45.

Anda juga boleh bermalam di homestay pada harga RM25.

Beliau bersama rakannya berpilih untuk bermalam

Untuk Amos, beliau bersama rakan-rakannya berputus untuk bermalam di homestay sebelum melakukan pendakian pada hari seterusnya.

Mereka bermula di Kampung Tataluan Sapulut dan mereka mengambil pilihan hiking 2.5KM dan pulang menggunakan bot.

Menurut Amos lagi berdasarkan maklumat dari guide mereka, ketinggian batu tersebut sekitar 300 kaki. Beliau mengumpamakan pengalaman tersebut seperti wall climbing tetapi bezanya adalah ia tidak mempunyai harness dan hanya mempunyai tali dan kabel. Oleh demikian, anda akan mendaki dengan risiko sendiri.

Pemandangan sangat berbaloi

Setelah anda tiba ke puncak, anda akan ditawarkan pemandangan yang indah, sangat berbaloi dengan masa dan usaha anda.

Pemandangan atas Batu Punggul. Kredit: Amos Winter

Namun, anda tak dapat berada di sana untuk masa yang lama sekiranya anda tiba pada waktu tengah hari (sunburn, gais!)

Apa yang lebih menarik adalah pengalaman turun dari batu punggul terbabit.

“Naik bukan masalah, tapi part turun memang mencabar!” Kata beliau.

Amos berpendapat turun lebih mencabar berbanding menaik. Kredit: Amos Winter

Menurut beliau, pengalaman turun dari batu punggul berkenaan sangat memainkan mental serta menakutkan bagi individu yang gayat. Tapi bagi mereka yang gayat dan teringin untuk mengatasi ketakutan mereka, mereka boleh mencuba!

Sempat masuk gua dipenuhi dengan kelawar!

Selepas pendakian tersebut, mereka luangkan masa 30 minit turun sehingga masuk ke dalam sebuah gua yang dipenuhi dengan kelawar.

Amos dalam gua tersebut. Kredit: Amos Winter

Menurut Amos, gua tersebut memang kacak malah siap ada trail dalam gua terbabit.

Mereka kemudian mengambil masa 10 minit pulang ke Kampung Tataluan Sapulut mengguna bot.

Amos bersama rakan-rakannya menaiki bot kembali ke Kampung Tataluan Sapulut. Kredit: Amos Winter

Jika anda di Sabah dan tiba-tiba rasa nak cuba hiking di tempat baru, letakkan Batu Punggul Nabawan dalam senarai hiking anda seterusnya!

Anda boleh juga menonton video-video kembaraan Amos menerusi saluran YouTube beliau, dimana beliau berkongsi aktiviti-aktiviti pengembaraannya menerusi platform terbabit.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy