fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
29 Julai 2020
Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin
Share on FacebookShare on Twitter

Kes libatkan murid darjah 2 di Likas.

Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin. Satu kes positif COVID-19 telah dikesan semula dalam kalangan kanak-kanak pada Isnin lalu. Kes tersebut melibatkan seorang kanak-kanak darjah 2 di Inanam, Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Christina Rundi mengesahkan perkara tersebut pada hari Isnin yang lepas.

Susulan itu, kesemua kontak rapat termasuk ahli keluarga, 37 rakan sekelas serta 8 guru di sekolah tempat kanak-kanak terbabit bersekolah diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin
Dr. Christina Rundi, Ketua Pengarah Kesihatan Sabah

Positif semasa dapatkan rawatan di klinik kesihatan

Murid tersebut dikesan positif setelah mendapatkan rawatan kesihatan di sebuah klinik kesihatan yang berdekatan. Kanak-kanak tersebut kini dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, tidak jauh dari Inanam.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Setakat ini, punca penularan masih belum disiasat dan dikategorikan sebagai kes tempatan kerana kanak-kanak tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Pada hari yang sama, terdapat sebuah mesej yang tular mengatakan bahawa sebuah sekolah rendah di Inanam akan melakukan kuarantin besar-besaran kerana berikutan satu kes murid yang positif COVID-19.

60% kes di Sabah adalah penularan tempatan

Dr. Christina turut memberitahu bahawa 60% daripada kes di Sabah setakat ini adalah merupakan kes jangkitan tempatan.

Sehubungan kes yang melibatkan kanak-kanak itu, beliau turut mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika mereka mempunyai gejala demam. Sebaliknya, mereka perlu dihantar ke klinik kesihatan berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Para pelajar di sekolah juga disarankan untuk sentiasa mematuhi SOP, menjaga jarak selamat, memakai pelitup muka serta sentiasa mencuci tangan dengan sabun.

Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin
Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin
Gambar hiasan. Sumber foto : BERNAMA

Nampaknya, virus ini tidak mengenal usia. Marilah kita sama-sama melindungi golongan berisiko tinggi dengan mengelak membawa mereka ke tempat sesak dan sempit.

Dalam perkembangan lain, kes terbaru di Sarawak juga melibatkan kanak-kanak berusia 6 dan 10 tahun. Baca selanjutnya di sini :

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy