fbpx
Cerita Borneo

Servis Semakin ‘Ke Laut’, Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju

Katanya, Terpaksa Beratur Panjang Untuk Ambil Parsel Sendiri.

Servis Semakin ‘Ke Laut’, Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, orang ramai digalakkan untuk membeli barangan secara atas talian. Ini sudah tentu bagi mengelakkan mereka bersesak di pusat membeli belah atau kedai yang tentunya boleh meningkatkan risiko penularan wabak.

Walau bagaimanapun, akibat jumlah pesanan yang meningkat secara mendadak, syarikat kurier negara, Pos Laju dilaporkan ‘terkucil’ dan gagal menguruskan urusan penghantaran barang pelanggan dengan baik semasa musim PKPB ini.

Bukan itu sahaja, servis yang tidak memberangsangkan ini memaksa para pelanggan untuk mengambil sendiri barangan mereka di pejabat pos laju. Lebih mengecewakan, keadaan di pejabat pos dilihat sangat merisaukan apabila orang ramai beratur tanpa mempedulikan penjarakan sosial.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Santa John, memuat naik sebuah kiriman yang memaparkan situasi di sebuah pejabat pos di Bintulu.

Servis Semakin 'Ke Laut', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju
Servis Semakin ‘Ke Laut’, Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju

Melalui kiriman tersebut, lelaki tersebut meluahkan kekecewaannya terhadap servis Pos Laju yang kian hari semakin tidak memuaskan. Susulan itu, para pelanggan terpaksa mengambil inisiatif untuk mengambil sendiri barangan di pejabat pos bagi meringankan beban pekerja pos yang seperti tidak tertanggung.

Servis Semakin 'Ke Laut', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju
Servis Semakin 'Ke Laut', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju

Dugaan Beratur Panjang

Namun, setibanya di pejabat pos, para pelanggan terpaksa menghadapi satu lagi dugaan iaitu berbaris panjang untuk mendapatkan barangan. Menurutnya, situasi ini merugikan pelanggan kerana servis penghantaran ini sudah dibayar.

Jelasnya lagi, jika beliau bersikap mementingkan diri sendiri, beliau akan menyalahkan syarikat berkenaan atas ketidakupayaan mereka menghantar barangan kerana jumlah barangan yang dikendali terlalu banyak.

Bukan itu sahaja, ia adalah masalah dari syarikat itu sendiri jika mereka tidak mempunyai staf yang mencukupi. Pelanggan mempunyai hak dan mereka sudah dibayar untuk servis mereka.

Adakah terlalu kasar atau pentingkan diri jika saya berkata, “Itu adalah masalah anda jika tidak dapat menghantar barangan kami kerana jumlah item yang dikendalikan terlalu banyak. Itu adalah masalah anda jika anda tidak mempunyai staf yang mencukupi. Tetapi kami adalah pelanggan. Kami mempunyai hak pengguna dan kami sudah membayar servis anda,”

Santa John

Pelanggan Boleh Buat Aduan Kepada Persatuan Pengguna

Malah, pada penghujung kiriman tersebut, lelaki ini turut menyatakan bahawa mereka boleh mengadu kepada persatuan pengguna.

Bukan itu sahaja, kesesakan di hadapan pejabat pos ini juga diharap tidak mencetuskan kluster baru iaitu ‘Kluster Pos Laju’.

Reaksi Campur-Baur Dari Netizen

Melalui tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata netizen bersetuju dengan kiriman tersebut. Malah, ternyata ramai yang mengalami situasi yang sama seperti barangan belum sampai sehingga beberapa bulan.

Servis Semakin 'Ke Laut', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju
Servis Semakin 'Ke Laut', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju

Sikap Pelanggan Kadangkala Buatkan Penghantaran Terjejas

Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat lelaki tersebut. Jelasnya, mereka harus berada di tempat pekerja pos untuk merasai kesusahan dan usaha mereka untuk menyampaikan servis dengan baik dan selamat kepada pelanggan. Kadang kala, sikap pelanggan yang tidak peka menyebabkan proses penghantaran lambat.

Servis Semakin 'Ke Laut', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju
Servis Semakin 'Ke Laut', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju
Servis Semakin 'Ke Laut', Pelanggan Luah Kekecewaan Terhadap Pos Laju

Melalui situasi ini, rasanya pelanggan serta syarikat kurier harus memahami peranan masing-masing dalam memastikan servis kurier berjalan dengan baik dan efisien. Di pihak kurier, mereka sepatutnya mengehadkan jumlah pengeposan buat masa ini. Dengan itu, alternatif yang pelanggan ada ialah servis kurier yang lain yang terdapat di Malaysia.

Pihak pelanggan pula sepatutnya memberi cadangan serta kritikan konstruktif ke platform rasmi syarikat berkenaan untuk memperbaiki servis kurier. Bukan itu sahaja, mereka sepatutnya sedia memahami bahawa parsel mereka akan diterima lewat berikutan situasi PKPB masih berkuatkuasa.

Apa-apa pun, bertabah ya semuanya. Rezeki tak akan salah alamat.

Bagi anda yang mempunyai parsel yang masih lama tersangkut, baca panduan untuk menyelesaikannya di sini :

Ini pula keadaan di KLIA Hub :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close