fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Setelah 15 Tahun Ditutup, Bar Bawah Tanah Grand Margherita Kuching Kembali Dibuka

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
13 Januari 2020
Setelah 15 Tahun Ditutup, Bar Bawah Tanah Grand Margherita Kuching Kembali Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sapa-Sapa Yang Sempat Lepak Sitok Dolok Mesti Excited Dengar Nya Bukak Balit, Nak?

Setelah 15 Tahun Ditutup, Bar Bawah Tanah Grand Margherita Kuching Kembali Dibuka

Setelah 15 Tahun Ditutup, Bar Bawah Tanah Grand Margherita Kuching Kembali Dibuka. Sesiapa yang musykil tentang kehadiran sebuah pagar di hadapan pintu Hotel Grand Margherita, ini bermaksud anda belum cukup otai untuk mengenali kewujudan sebuah bar di bawahnya. Kini, anda juga berpeluang untuk lepak santai di bar tersebut kerana ia bakal dirasmikan pada penghujung Januari ini setelah ditutup selama 15 tahun.

Setelah 15 Tahun Ditutup, Bar Bawah Tanah Grand Margherita Kuching Kembali Dibuka
Setelah 15 Tahun Ditutup, Bar Bawah Tanah Grand Margherita Kuching Kembali Dibuka
Setelah 15 Tahun Ditutup, Bar Bawah Tanah Grand Margherita Kuching Kembali Dibuka

Bar yang diberi nama Tribes Jazz & Reggae Lounge tersebut bakal dirasmikan dalam masa yang terdekat. Namun, berdasarkan laman FB Tribes Jazz & Reggae Lounge ini, bar bawah tanah ini dilihat sudah mula dibuka kepada orang awam sejak 4 Januari yang lalu. Persembahan yang pertama telah dijayakan oleh pemain saksofon terkenal Indonesia, Nicky & Damez of Saxx In The City. Wuuu!

ADVERTISEMENT
Setelah 15 Tahun Ditutup, Bar Bawah Tanah Grand Margherita Kuching Kembali Dibuka
Kredit : FB Tribes Jazz & Reggae Lounge

Tahukah anda, bar bawah tanah milik Hotel Grand Margherita ini pada asalnya merupakan sebuah disko yang bernama the Aquarius Club. Kemudian, ia diubah suai dan dijenamakan semula menjadi Tribes Music Restaurant and Bar. Sekitar tahun 80-an, bar underground ini boleh dikatakan tempat yang paling ‘happening’ di Kuching kerana sering menjadi pilihan artis terkemuka dari dalam dan luar negara untuk membuat persembahan.

Antara artis yang pernah membuat persembahan di bar underground ini ialah Allahyarhamah Datuk Syarifah Aini, KRU, Amy Search, Dayang Nurfaizah, Fauziah Latif, Erra Fazira, Wings and Superfriends, dan Poetic Ammo. Selain itu, artis luar negara yang pernah merancakkan bar ini suatu ketika dahulu ialah Jordan Hill, Guy Sebastian, Human Nature dan Plus One. Ala-ala Hard Rock Cafe juak la tok.

Pondok Berpagar Misteri Di Hadapan Hotel Margherita Rupanya Pintu Masuk Ke Bar Bawah Tanah Ini

Jika ada yang tertanya-tanya kehadiran pondok misteri yang berkunci di hadapan Hotel Grand Margherita selama ini, rupa-rupanya ia merupakan pintu masuk ke bar bawah tanah tersebut. Bar tersebut ditutup sekitar tahun 2005 atas sebab yang tidak diketahui. Untuk pengetahuan anda juga, nama asal Hotel Grand Margherita ialah Hotel Holiday Inn. Mungkin atas sebab inilah wujudnya sebuah kek klasik yang dinamakan Kek Holiday Inn. Kami pun baru tahu.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

ADVERTISEMENT
Kek Lapis Holiday Inn, kek lapis yang dinamakan sempena nama sebuah hotel. Kredit : FB Adinda Dona

Bagi anda yang pernah menjejakkan kaki ke Tribes ini pada suatu ketika dahulu, pastinya anda mempunyai kenangan yang tersendiri, kan? Khabarnya mereka yang sempat ke sini rata-ratanya sudah berusia 40-an ke 50-an sekarang. KLMJ gitu.

Untuk maklumat lanjut tentang show yang diadakan di sini, anda boleh mengunjungi laman FB mereka, Tribes Jazz & Reggae Lounge atau IG @tribeslounge

ADVERTISEMENT
Share25007Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy