fbpx
Cerita Borneo

Setelah 5 Tahun Beroperasi, Hard Rock Cafe KK Akhirnya Menutup Tirai

Goodbye, Hard Rock Cafe Kota Kinabalu!

Setelah 5 Tahun Beroperasi, Hard Rock Cafe KK Akhirnya Menutup Tirai. Semenjak PKP dilaksanakan, kita telah dikhabarkan berita mengenai beberapa bisnes terpaksa tutup akibat tiada hasil jualan. Banyak hotel telah ditutup dan kali ini pula cafe di Kota Kinabalu.

Baru-baru ini, salah satu francais terpaksa menutup tirai iaitu Hard Rock Cafe di Kota Kinabalu setelah 5 tahun beroperasi di Oceanus Waterfront Mall.

Antara francais terkenal di Malaysia

Menurut laman rasmi Hard Rock Cafe, kafe tersebut beroperasi di Kota Kinabalu sejak 2012 dan terletak di Oceanus Waterfront Mall, sebuah kompleks beli belah di kawasan waterfront, berhampiran dengan tempat tarikan pelancong yang berlainan.

Dalam sebuah posting yang dimuatnaik oleh Sabah Netizen dalam Twitter, ia berkata kafe tersebut telah menutup bisnes setelah lima tahun beroperasi di kompleks beli belah tersebut, disertai dua keping gambar dipercayai tangkap layar status salah seorang pekerja di kafe terbabit.

Image
Setelah 5 Tahun Beroperasi, Hard Rock Cafe KK Akhirnya Menutup Tirai. Kredit: Twitter

Berkuatkuasa 30 April 2020, Hard Rock Cafe tidak lagi beroperasi di Oceanus Waterfront Mall.

Image
Papan tanda Hard Rock Cafe yang ditanggalkan. Kredit: Twitter

It must be very hard for the management and the staff. Semoga mereka dipermudahkan urusan dan tabah menghadap cabaran yang sukar ketika ini!

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close