fbpx
Cerita Borneo

Setelah 8 Hari Tanpa Kes Baru, Sarawak Hari Ini Catat Kembali 1 Kes Positif

Statistik terbaru dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Setelah 8 Hari Tanpa Kes Baru, Sarawak Hari Ini Catat Kembali 1 Kes Positif . Satu kes positif dicatatkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan setakat hari ini kepada 545 kes.

Setelah 8 Hari Tanpa Kes Baru, Sarawak Hari Ini Catat Kembali 1 Kes Positif
Setelah 8 Hari Tanpa Kes Baru, Sarawak Hari Ini Catat Kembali 1 Kes Positif

Kes positif terbaru tersebut dicatatkan di Kuching. Hari ini juga, 4 kes baru telah sembuh dan discaj dari hospital.

Daripada 4 kes tersebut, 3 kes adalah dari Hospital Umum Sarawak dan 1 kes adalah dari Hospital Bintulu.

Untuk status semasa kes aktif pula, sebanyak 53 kes sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak, 8 kes di Hospital Sibu, 6 kes di Hospital Bintulu dan 2 kes di Hospital Miri.

Setelah 8 Hari Tanpa Kes Baru, Sarawak Hari Ini Catat Kembali 1 Kes Positif

Kadar sembuh pada paras 84.22%

Jumlah keseluruhan yang sembuh dan discaj setakat ini adalah seramai 459 kes atau 84.22%. Jumlah PUI baru pula adalah seramai 203 orang dan 208 kes kini masih menunggu keputusan makmal.

Bagi laporan pemantauan pematuhan PKPB pula, pada hari ini sahaja, sebanyak 5871 permohonan pergerakan antara daerah diterima di 28 buah ibu pejabat daerah PDRM di seluruh Sarawak.

Jumlah kumulatif permohonan setakat ini adalah 55494 dengan 51128 permohonan telah diluluskan dan 4366 permohonan telah ditolak.

Daerah Lundu kini kembali menjadi kawasan hijau

Sementara itu, Daerah Lundu juga telah diumumkan sebagai kawasan hijau baharu selepas tidak mencatatkan apa apa kes positif selama 2 minggu.

Semalam, Sarawak benarkan bistro beroperasi dengan syarat tertentu :

Baca juga, rider foodpanda di Miri yang viral :

Artikel Berkaitan

Back to top button