fbpx
Cerita Borneo

ShopBack Berhenti Operasi Dalam Shopee Mobile Mulai 4 Mei

Perhentian sementara waktu

ShopBack Berhenti Operasi Dalam Shopee Mobile Mulai 4 Mei. Well, get ready guys, Cashback pun dah tak dapat diguna lagi dalam Shopee. Terkini dimuatnaik dalam Twitter, ia didedahkan ShopBack, iaitu sebuah program ganjaran tunai, akan menghentikan operasi buat sementara waktu dalam aplikasi mobil Shopee.

Image
ShopBack Berhenti Operasi Dalam Shopee Mobile Mulai 4 Mei

Mengapa ini jadi satu isu untuk pengguna?

Sebelum Shopee, ShopBack juga bekerjasama dengan aplikasi e-dagang lain seperti Lazada namun difahamkan mereka juga telah menghentikan operasi dengan syarikat tersebut. Kini, program tersebut telah menarik diri untuk sementara waktu daripada salah satu e-dagang popular iaitu Shopee.

Untuk memahami lagi bagaimana ShopBack berfungsi dalam platform e-dagang, ia memberi pelanggan peratusan tunai pembelian mereka setiap kali mereka melakukan transaksi dengan partner merchants melalui laman webnya. Penjual tidak perlu membayar untuk disenaraikan dalam senarai ShopBack tetapi hanya perlu membayar potongan ke laman web terbabit sekiranya pelanggan membeli sesuatu daripada mereka.

Jadi, dengan pengumuman perhentian ShopBack dalam Shopee, ramai pula pelanggan rasa risau kerana kebanyakkan daripada mereka berkata mereka mengalami pengalaman yang lebih berganjaran ketika menggunakan program sebegitu ketika membeli secara online. Ya lah, siapa tak nak extra money kan, lagi-lagi lepas membeli barang!

Jangan risau, sekiranya anda rasa nak gunakan program yang lebih kurang sama, anda boleh guna aplikasi My Smart Shopper. Selain cashback yang tak kena reject, anda boleh dapat cashback sekiranya anda membayar bill rumah atau top up kredit telefon bimbit anda. Sounds like a good app, give it a try!

Futurama Buy GIF
Kredit: Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close