fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sibu Dan Kuching Kini Zon Merah, 24 Kes Positif Dikesan Di Sarawak Hari Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
10 Januari 2021
Sibu Dan Kuching Kini Zon Merah, 24 Kes Positif Dikesan Di Sarawak Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Situasi COVID-19 di Sarawak juga kian meningkat.

Sibu Dan Kuching Kini Zon Merah, 24 Kes Positif Dikesan Di Sarawak Hari Ini. Perkembangan COVID-19 di Sarawak hari ini menyaksikan beberapa daerah di Sarawak dikesan mempunyai kes positif. 24 kes positif seperti yang dilaporkan oleh kenyataan media JPBNS hari ini melibatkan daerah Kuching, Miri, Sibu, Sri Aman, Bintulu, Samarahan, Sebauh, Selangau, dan Serian.

Daerah Kuching mencatatkan bilangan tertinggi iaitu dengan 7 kes yang melibatkan warga Sarawak yang pulang dari kawasan berisiko tinggi iaitu Kuala Lumpur, jangkitan tempatan yang mempunyai kontak dengan kes positif serta hasil daripada saringan kendiri.

ADVERTISEMENT
Sibu Dan Kuching Kini Zon Merah, 24 Kes Positif Dikesan Di Sarawak Hari Ini
Sibu Dan Kuching Kini Zon Merah, 24 Kes Positif Dikesan Di Sarawak Hari Ini

Kebanyakan kes tidak menunjukkan tanda dan gejala, saringan kedua baru disahkan positif

Selain itu, kebanyakan kes yang dikesan positif juga tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda. Malah, ada di antaranya yang didapati positif setelah menjalani ujian saringan rt-PCR kali kedua semasa menjalani kuarantin walaupun didapati negatif pada saringan kali pertama.

Sehingga ke hari ini juga, terdapat 5 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak dengan kluster paling tinggi dicatatkan oleh Kluster Pasai Siong dengan 43 kes keseluruhan. Kemudian diikuti oleh Kluster Keranji Tabuan, Kuching dengan 12 kes, Kluster Bah Sayap Miri dengan 11 kes, Kluster Stutong, Kuching (23 kes) dan Kluster Mador, Meradong (8 kes).

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Sibu Dan Kuching Kini Zon Merah, 24 Kes Positif Dikesan Di Sarawak Hari Ini

Kuching dan Sibu zon merah, Selangau dan Sebauh dari hijau bertukar kuning

Dalam pada masa yang sama, daerah Kuching kembali menjadi zon merah setelah mencatatkan angka jangkitan tempatan sebanyak 41 kes manakala daerah Sibu turut mengalami nasib yang sama dengan jumlah kes mencecah 44 kes dalam masa 14 hari.

ADVERTISEMENT

Daerah Sebauh dan Selangau pula bertukar dari zon hijau ke zon kuning. Daerah Samarahan, Miri, Sibu, Bintulu, Meradong, Bukit Mabong dan Sri Aman kekal berstatus kuning.

Oleh yang demikian, diharap agar anda semua mengurangkan keberadaan anda di luar terutamanya di tempat sesak dan tempat yang sukar untuk anda mengawal penjarakan selamat serta mematuhi SOP. Buat masa ini, cara terbaik untuk mencegah penularan pandemik ini adalah dengan duduk di rumah.

ADVERTISEMENT

Sesungguhnya pandemik ini sudah berada dalam komuniti kita.

Kita mampu melakukannya.

Lagi artikel berkaitan :

Share86Tweet54SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy