fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sihat Bukan Bermaksud Tidak Positif, Staf Kesihatan Ini Tampil Beri Nasihat Kepada Netizen

Kedung BK Oleh Kedung BK
27 Julai 2020
Sihat Bukan Bermaksud Tidak Positif, Staf Kesihatan Ini Tampil Beri Nasihat Kepada Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

“Jangan ambik mudah,” – Netizen

Sihat Bukan Bermaksud Tidak Positif, Staf Kesihatan Ini Tampil Beri Nasihat Kepada Netizen. Baru-baru ini seorang staf kesihatan tampil beri nasihat kepada netizen mengenai keadaan semasa pesakit Covid-19 yang berkaitan dengan kluster hospital tempatan di Kuching.

Sihat Bukan Bermaksud Tidak Positif, Staf Kesihatan Ini Tampil Beri Nasihat Kepada Netizen
Sihat Bukan Bermaksud Tidak Positif, Staf Kesihatan Ini Tampil Beri Nasihat Kepada Netizen

“Semua kawan-kawan saya yang positif tidak menunjukkan tanda-tanda sakit langsung,” – Staff kesihatan

Staf kesihatan tersebut mulakan ciapan beliau dengan berkata 20 rakan sekerja beliau yang disahkan positif tidak menunjukkan tanda-tanda sakit langsung.

Yang lebih mengerikan, mereka tidak menunjukkan gejala demam, batuk, mahupun sakit tekak. Diringkas kata, luaran mereka rupa sihat tetapi disebaliknya mereka merupakan pembawa virus tersebut tanpa disedari.

Kes sebegini digelar kes ‘asymptomatic’ dimana pesakit tidak menunjukkan segala petanda yang disangka tetapi disebaliknya rupa sihat walaupun dijangkiti.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Beri nasihat kepada masyarakat agar berjaga-jaga dan tidak ambil perkara ini sambil lewa

Beliau menambah lagi, perkara yang ingin disampaikan ialah jangan rasa selamat jika berjalan ke mana-mana kedai atau restoran.

Beliau juga menujukan nasihat tersebut terutamanya kepada para ibu bapa yang membawa anak-anak mereka dan juga warga tua ke tempat awam.

“Mungkin anda fikir, “ala… Orang sakit mesti tidak disuruh masuk sebab di depan tempat masuk sudah periksa suhu, hanya orang sihat sahaja dibenarkan masuk kedai/restoran ini,”. Kalau orang-orang muda seperti kawan saya yang dijangkit Covid-19, kemungkinan besar mereka tidak menunjukkan tanda sebab antibodi tubuh masih kuat, tapi virus yang dah ada dalam tubuh mereka mampu merebak kepada orang lain,” kata staff kesihatan terbabit.

Kredit: Facebook

Jadi nasihat kepada anda semua, jagalah jarak sosial masing-masing. Walaupun orang disebelah anda rupa sihat walafiat, jangan terlalu yakin mereka selamat dari jangkitan.

Tinjauan atas luahan netizen dalam media-media sosial dedahkan kedegilan segelintir warga tempatan yang enggan patuh kepada SOP ditetapkan

Oleh kerana Sarawak penyumbang terbanyak kes dalam kes-kes Covid sejak kebelakangan ini, anda dinasihati untuk keluar hanya untuk beli barang keperluan atau untuk turun ke kerja sahaja.

Keluar berjalan-jalan tidak digalakkan buat sementara waktu. Jika perlu, gunalah pelitup muka. Ia tidak menyusahkan anda untuk gunakan pelitup muka buat sementara waktu ketika di luar. Jika anda berpilih untuk keluar, seharusnya anda guna pelitup muka.

Sekiranya anda dinasihati untuk guna pelitup muka, jangan pula tampar si penegur, jangan pula bertengking sambil berkata “ini tempat mak bapa awak ke nak suruh saya guna topeng muka?”

Antara luahan netizen dalam Twitter mengenai segelintir manusia yang tidak mengikut SOP. Kredit: Twitter

Jadi lah rakyat yang bertanggungjawab. Jangan atas sebab kedegilan anda, semua tempias.

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy