fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
14 Mei 2020
Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tahniah!

Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu. Sejak bermulanya musim PKP, semua pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga di negara ini terpaksa menunda hasrat suci mereka ke suatu tarikh yang tidak pasti. Walau pun pasangan Muslim yang mahu berkahwin boleh dilakukan secara ‘online’ semasa PKP, namun ramai yang masih ragu-ragu dan tetap sabar menunggu agar dapat diijabkabulkan secara bersemuka. Kalau dah jodoh, takkan kemana.

Namun demikian, sejak bermulanya PKPB, pasangan Muslim nampaknya sudah boleh melangsungkan akad nikah secara bersemuka. Melalui muat naik terbaharu Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu di laman sosial Facebook, sebuah pasangan telah selamat diijab kabulkan secara bersemuka di pejabat agama Islam di bandar tersebut.

Menariknya, setiap detik ijab kabul tersebut dirakam satu per satu kerana majlis tersebut dilakukan dengan kehadiran individu penting sahaja serta mengamalkan penjarakan sosial.

ADVERTISEMENT

Baca juga :

Melalui muat naik ini, pasangan pengantin tiba bersama seorang wali sahaja kerana hanya individu ini sahaja yang dibenarkan masuk semasa majlis akad nikah. Mereka kemudiannya disambut oleh seorang pengawal keselamatan beserta termometer suhu. Jumlah individu yang dibenarkan masuk adalah 4 orang pada satu-satu masa. Jika ada pasangan yang ingin melangsungkan akad nikah, pastikan anda sihat dan tidak demam.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu

Pasangan ini beserta wali kemudiannya ‘direnjis’ dengan menggunakan hand sanitizer oleh pegawai yang bertugas sebagai langkah keselamatan.

ADVERTISEMENT
Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu

Sebelum melangsungkan majlis akad nikah, pasangan pengantin perlu melengkapkan borang permohonan akad nikah khas dan mengesahkan status kesihatan.

Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu

Majlis akad nikah dilakukan dengan sederhana tetapi mengamalkan penjarakan sosial seperti jarak 1 meter antara kerusi. Tidak terkecuali, pasangan pengantin. Ini baru dikatakan ‘halal gap’. Susun atur antara pasangan pengantin, kadi, wali dan dua orang saksi juga disusun dengan jarak yang sama sebagai langkah keselamatan.

ADVERTISEMENT
Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu
Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu
Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu

Bukan itu sahaja, sebagai hadiah kepada pasangan pengantin yang telah menunggu saat ini sejak sekian lama, pihak Jabatan Agama Islam Bahagian Sibu mengeluarkan sijil nikah pasangan serta merta selepas majlis akad nikah dilakukan. Jika sebelum ini, sijil nikah akan dikeluarkan selepas seminggu atau beberapa minggu kemudian.

Bukan satu rupanya berita baik tetapi dua! Alhamdulillah.

Sijil Nikah Siap Terus, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Diijabkabul Semasa PKPB Di Sibu

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga kekal hingga ke jannah hendaknya. Kepada pasangan di luar sana yang sudah menunda hasrat sejak PKP lalu, boleh lah mendaftar untuk perkahwinan semasa PKPB ini di pejabat agama Islam bahagian Sibu.

Baca Juga Artikel Lain :

Share1573Tweet79SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy