fbpx
Cerita Borneo

SMESH dan SAKURA – Sekolah Terbaik Dalam Keputusan SPM 2019 Sabah dan Sarawak

Syabas atas keputusan SPM yang cemerlang!

SMESH dan SAKURA – Sekolah Terbaik Dalam Keputusan SPM 2019 Sabah dan Sarawak. Kepada mereka yang mendapat keputusan SPM baru-baru ini, tahniah! Kita juga diberi berita baik Gred Purata Negeri (GPN) negeri Sarawak untuk pencapaian cemerlang SPM 2019 adalah lebih baik daripada tahun 2018, dengan mencatatkan 5.18 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

SMESH dan SAKURA - Sekolah Terbaik Dalam Keputusan SPM Sabah dan Sarawak
SMESH dan SAKURA – Sekolah Terbaik Dalam Keputusan SPM 2019 Sabah dan Sarawak. Kredit: Giphy

SM Sains Sabah, Kota Kinabalu muncul sebagai sekolah terbaik untuk pencapaian cemerlang di Sabah

Menurut sumber, Sekolah Menengah (SM) Sains Sabah, Kota Kinabalu mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) berjumlah 1.70. Diikuti dengan SMK St. Michael, Penampang dengan GPS 2.23 dan SMK Agama Kota Kinabalu, Kota Kinabalu dengan GPS 2.51.

SMESH dan SAKURA - Sekolah Terbaik Dalam Keputusan SPM 2019 Sabah dan Sarawak
Senarai pencapaian sekolah untuk keputusan SPM di Sabah. Kredit: Sabah Info

Di Sarawak pula, SM Sains Kuching Utara mendahului senarai pencapaian terbaik

Dengan mencatat GPS berjumlah 1.91 Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching Utara muncul sebagai sekolah terbaik dalam senarai berprestasi cemerlang, diikuti oleh SM Sains Miri dengan GPS 2.04 dan SMK St. Elizabeth dengan GPS 2.42.

SMESH dan SAKURA - Sekolah Terbaik Dalam Keputusan SPM 2019 Sabah dan Sarawak
Senarai sekolah berprestasi cemerlang dalam keputusan SPM di Sarawak.

Jangan putus asa, adik-adik!

Anda telah berusaha dan memberi semua dan bekerja keras untuk peperiksaan anda. Jangan rasa kecewa sekiranya anda tidak mendapat apa yang anda mahu, perjalanan anda baru sahaja bermula. All the best dan jangan putus asa untuk mengejar impian-impian anda!

Kredit: Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button