fbpx
Cerita Borneo

SPM Akan Diadakan Pada 6 Jan – 9 Feb 2021, Peperiksaan Awam Lain Ditangguhkan

Kenyataan Media Rasmi Dari Kementerian Pendidikan Malaysia

SPM Akan Diadakan Pada 6 Jan – 9 Feb 2021, Peperiksaan Awam Lain Ditangguhkan. Berikutan pengumuman penangguhan peperiksaan awam kerana wabak Covid-19, persoalan mengenai bila SPM, STPM dan STAM akan diadakan akhirnya dijawab. Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman Twitter rasmi mereka dimana tarikh-tarikh peperiksaan awam yang dinanti-nantikan oleh pelajar diumumkan.

SPM Akan Diadakan Pada 6 Jan - 9 Feb 2021, Peperiksaan Awam Lain Ditangguhkan
SPM Akan Diadakan Pada 6 Jan – 9 Feb 2021, Peperiksaan Awam Lain Ditangguhkan

Membuat Penjadualan Semula Kali Kedua

Menurut kenyataan tersebut, KPM telah membuat penjadualan semula kali kedua takwim peperiksaan bagi tahun 2020 berdasarkan Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020. Malah, peperiksaan ditunda bagi memberi tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk pelajar menduduki peperiksaan.

“Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama tahun 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut,” dipetik dari kenyataan rasmi KPM.

SPM Akan Diadakan Pada 6 Jan - 9 Feb 2021, Peperiksaan Awam Lain Ditangguhkan
Hanya pelajar-pelajar yang sepatutnya menduduki peperiksaan awam tahun ini dibenarkan kembali ke sekolah. Kredit: MYC!

Tarikh Baharu Untuk Peperiksaan Awam

SPM yang sepatutnya diadakan pada 16 November sehingga 7 Disember 2020 kini akan diadakan pada 6 Januari sehingga 9 Februari 2021.

Manakala, STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia – Kohort 2020) akan diadakan pada tarikh 1 – 9 Mac 2021.

Untuk STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), tarikh baharu adalah pada 17 – 25 Februari 2021.

Bagi SVM (Sijil Vokasional Malaysia), berikut adalah tarikh yang diumumkan mengikut sesi:

Sesi Pertama:

Semester 33 – 14 Ogos 2020
Semester 128 September – 9 Oktober 2020

Sesi Kedua

Semester 418 – 29 Januari 2021
Semester 217 – 28 Mei 2021

Anda boleh merujuk senarai lengkap tarikh peperiksaan di SINI.

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button