fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Status Lulus Permohonan Baru Dan Rayuan BPN Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
9 Mei 2020
Status Lulus Permohonan Baru Dan Rayuan BPN Boleh Disemak Mulai Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Saat Yang Ditunggu-Tunggu Telah Tiba, Gais.

Status Lulus Permohonan Baru Dan Rayuan BPN Boleh Disemak Mulai Hari Ini. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan lalu menyaksikan beberapa jenis bantuan diberikan kepada pelbagai golongan termasuklah golongan B40 dan M40 yang berkelayakan.

Bagi anda yang membuat permohonan baru serta permohonan rayuan BPN ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa semakan status lulus sudah boleh mula dibuat mulai 9 Mei 2020 iaitu hari ini.

Kenyataan tersebut disenaraikan sebagai jawapan salah satu senarai soalan lazim yang telah dikompilasikan.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Semakan boleh dibuat di laman sesawang BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/

Tarikh pambayaran bagi BPN bagi status lulus permohonan baru dan rayuan ini akan dikreditkan secara berperingkat bermula 15 Mei 2020 (Jumaat). Manakala bagi yang memaparkan status Tiada Akaun atau Gagal Kredit, anda perlu menuntut bayaran BPN di kaunter BSN. Pastikan anda membawa MyKad dan Nombor Siri pada ‘Maklumat Pembayaran’ semasa membuat semakan di laman BPN.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan informasi tepat berkenaan soalan lazim BPN seperti yang tertera berikut.

Status Lulus Permohonan Baru Dan Rayuan BPN Boleh Disemak Mulai Hari Ini
Status Lulus Permohonan Baru Dan Rayuan BPN Boleh Disemak Mulai Hari Ini
Status Lulus Permohonan Baru Dan Rayuan BPN Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Dah dapat BPN, gunakan lah sebaik nya, okay?

Share14086Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy