fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
7 Disember 2019
Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kaki Shopping Online Boleh Park Sini Jap

Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju
Kredit : Business Insider Malaysia

Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju. Anda selalu membeli belah online? Mesti lah pernah kan? Sampailah anda menerima nombor tracking untuk barangan anda, pasti ada sesetengah status tracking yang anda tidak pasti maksudnya. Apatah lagi barangan yang dipesan perlu mengharungi Laut China Selatan. Nak mengharapkan sampai terus pada keesokan harinya, peluang nya senipis kulit bawang. Status tracking jua lah tempat bergantung harap, ye dak?

Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju
Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju. Kredit : Rojak Daily

Di sini kami sediakan maksud di sebalik status tracking sistem kurier, Pos Laju. Taklah tertanya-tanya barang sebenarnya tengah otw atau dah nak sampai depan pintu rumah.

ADVERTISEMENT

“Item Posted Over The Counter”

Ini bermaksud barangan anda baru sahaja masuk ke pejabat pos dan scan kod bar tracking.

“Consignment received and processed from posting at Post Offices”

Pada peringkat ini, konsainan sedang diproses daripada pengeposan di Pejabat Pos. Maknanya, data penghantaran sudah lengkap dari Pejabat Pos dan kini sudah berada di Parcel Hub Pos Laju untuk penghantaran selanjutnya.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

“Item Processed”

Parcel anda sedang diproses di Pejabat Pos atau Parcel Hub Pos Laju untuk dibahagikan kepada lokasi poskod bagi memudahkan sistem dan route penghantaran kelak.

ADVERTISEMENT

“Item Dispatched Out”

Barang anda sudah dihantar keluar dari Parcel Hub Pos Laju.

“Consignment arrived at Processing Centre/Transit Office”

Pada peringkat ini, item anda sudah pun sampai ke processing centre atau transit office dan sedang diproses untuk untuk tentukan pusat agihan terdekat dengan lokasi anda.

ADVERTISEMENT

“Consignment dispatched out from Processing Centre/Transit Office”

Item keluar dari processing centre atau transit office. Sekarang, parcel anda akan meneruskan perjalanannya menuju ke pusat agihan yang terdekat dengan anda. Tak lama lagi sampai lah tu.

“Arrive at delivery facility at…”

Haa, kan? Parcel anda kini sampai di pejabat pos yang terdekat di lokasi anda.

“Item can be collected at…”

Yeayy! Item anda sudah pun sampai di pejabat pos yang terdekat dengan anda dan sedia untuk diambil. Jika coverage posmen tidak sampai ke lokasi kediaman anda, anda boleh memilih untuk mengambil sendiri barang tersebut di Pejabat Pos yang terdekat. Kalau status ini dah keluar dekat tracking status anda, boleh dah standby telefon atau whatsapp runner untuk mengambil parcel anda.

“Item out for delivery”

Kalau status ini tertera pada tracking anda, anda tidak perlu risau kerana barang sudah berada dalam tangan abang posmen dan dalam perjalanan menuju ke rumah atau alamat anda.

“Item delivered to (Name)”

Parcel anda sudah pun diserahkan kepada wakil penerima atau anda sendiri. Oh yeah!

“Unsuccessful Delivery. Please call 1 300 300 300 Addressee not available”

Status ini menunjukkan kemungkinan anda tiada di rumah atau di alamat yang tertera semasa abang posmen menghantar barangan anda. Kadang kala, mereka akan meninggalkan nota untuk delivery pada keesokan harinya. Tapi, kalau anda tidak mahu menunggu lama, anda boleh mengambil sendiri parcel anda. Done!

Kredit : Giphy

Harapnya lepas ini, anda tidak perlu berasa bimbang jika ada status tracking Pos Laju yang anda tidak pasti. Yang penting, membeli lah dengan bijak dan elakkan scammer.

Jangan lupa like dan share post ini!

Share1418Tweet116SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy