fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Suami Isteri Tinggal Negeri Berasingan Boleh Rentas Negeri Mulai 1 Jun 2020

iloveborneo Oleh iloveborneo
30 Mei 2020
Suami Isteri Tinggal Negeri Berasingan Boleh Rentas Negeri Mulai 1 Jun 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Rentas negeri atas alasan lain secara keseluruhannya masih belum dibenarkan setakat ini.

Suami Isteri Tinggal Negeri Berasingan Boleh Rentas Negeri Mulai 1 Jun 2020. Perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun menegaskan perjalanan rentas negeri atas alasan lain secara keseluruhannya masih belum dibenarkan setakat ini.

Suami Isteri Tinggal Negeri Berasingan Boleh Rentas Negeri Mulai 1 Jun 2020
Suami Isteri Tinggal Negeri Berasingan Boleh Rentas Negeri Mulai 1 Jun 2020

“Hari ini, mesyuarat memutuskan untuk memberi kelonggaran seperti sebelum ini iaitu rentas negeri dibolehkan jika membabitkan kes kecemasan seperti kematian dan perubatan, begitu juga yang berulang alik ke tempat kerja, contohnya duduk di Seremban dan bekerja di Putrajaya.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

“Selain itu, sebelum ini saya umumkan rentas negeri pasangan yang terpisah dibenarkan dan kemudian dihentikan sebelum Aidilfitri. Hari ini, kita bersetuju larangan itu ditarik balik, maka pasangan suami isteri ini bolehlah merentas negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Pada 21 Mei lalu, kerajaan memutuskan buat sementara itu untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei.

Baca juga artikel berkaitan perlanggaran PKPB :

Kerajaan Sarawak sebelum ini menegaskan tiada ngabang dibenarkan pada Hari Gawai tahun ini :

Share4397Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy