fbpx
Cerita Borneo

Surau Dan Masjid Di Sarawak Masih Ditutup Untuk Orang Awam Sehingga Satu Masa Sesuai Kelak

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Majlis Islam Sarawak

Surau Dan Masjid Di Sarawak Masih Ditutup Untuk Orang Awam Sehingga Satu Masa Sesuai Kelak. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak hari ini, mereka memaklumkan bahawa suran dan masjid di Sarawak masih ditutup untuk orang ramai.

Surau Dan Masjid Di Sarawak Masih Ditutup Untuk Orang Awam Sehingga Satu Masa Sesuai Kelak
Surau Dan Masjid Di Sarawak Masih Ditutup Untuk Orang Awam Sehingga Satu Masa Sesuai Kelak

Ditutup sehingga ada kenyataan rasmi baru dikeluarkan

Menurut kenyataan tersebut juga, semua aktiviti termasuk solat jumaat, solat lima waktu dan solat tarawih berjemaah masih belum dibenarkan sehinggalah satu kenyataan rasmi baru dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak.

Hanya pegawai masjid iaitu Imam I, Imam II, Imam III , Bilal dan Merbot sahaja yang dibenarkan hadir ke masjid atau surau untuk melaungkan azan, solat berjemaah lima waktu dan solat sunat terawih (8 rakaat) termasuk solat sunat witir.

Kehadiran pegawai masjid pula adalah terhad kepada 4 orang sahaja dalam sesuatu masa berdasarkan jadual yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid/Surau

Pegawai masjid yang hadir juga hendaklah mematuhi prosedur bagi mengelak risiko jangkitan

Begitu juga dengan penggunaan pembesar suara luar hanya dibenarkan untuk azan sahaja. Majlis Islam Sarawak turut menyatakan dalam kenyataan tersebut bahawa kegagalan mematuhi arahan ini boleh diambil tindakan undang-undang.

Baca Lagi Artikel Berkaitan PKPB Di Sarawak :

Artikel Berkaitan

Back to top button