fbpx
Cerita Borneo

Survived Pandemik Influenza 1918, Perang Dunia Kedua & Covid19, Lelaki 104 Tahun Survivor Tertua Di Dunia

Pernah melalui pandemik dunia iaitu Influenza 1918 dan berperang dalam Perang Dunia Kedua, warga emas ini berjaya menewaskan penyakit Covid-19

Survived Pandemik Influenza 1918, Perang Dunia Kedua & Covid19, Lelaki 104 Tahun Survivor Tertua Di Dunia. Warga emas ini, iaitu seorang warga Amerika Syarikat, telah menyertai golongan warga emas yang berjaya menewaskan virus Covid-19. Wabak ini telah mengorbankan lebih daripada 60,000 nyawa seluruh dunia. Orang tua serta mereka yang mempunyai masalah kesihatan dikatakan berisiko tinggi untuk mengalami gejala serius.

Survived Pandemik Influenza 1918, Perang Dunia Kedua & Covid19, Lelaki 104 Tahun Survivor Tertua Di Dunia. Kredit: StraitsTimes

Antara orang yang pertama disahkan Covid-19 di tempat kediaman beliau

Bill Lapschies, 104 tahun, telah mengalami gejala sederhana sebelum disahkan positif Covid-19 pada 5 Mac 2020. Beliau merupakan antara dua orang yang telah disahkan virus tersebut di tempat kediaman beliau iaitu di sebuah rumah orang tua di Lebanon, Oregon, US. Walaupun beliau berjaya pulih dari penyakit tersebut, seorang lagi yang disahkan positif bersama beliau telah meninggal dunia akibat virus itu.

25 hari selepas disahkan positif Covid-19 dan disahkan pulih, beliau menyambut hari jadi ke-104 beliau bersama keluarga terdekat beliau. Menurut laporan, semua ahli keluarga menjaga jarak masing-masing semasa majlis kecilan itu.

Ketika ditanya bagaimana beliau berjaya menewaskan penyakit tersebut, beliau berjawab,

“Saya tidak tahu. Ia hanya pergi (sendiri). Sekiranya anda berduduk diam, anda boleh menyingkirkan apa-apa.”

Seorang yang ‘kebal’

Ini bukan kali pertama beliau berjaya pulih dari wabak yang membahayakan. Beliau pernah melalui pandemik Influenza 1918 atau juga dikenali sebagai Spanish Flu, pandemik yang mengorbankan sebanyak 50 hingga 100 juta nyawa orang seluruh dunia.

Selain survivor Influenza 1918, beliau telah melalui Zaman Meleset aka The Great Depression pada 1930-an. Zaman ini merupakan satu tempoh yang menyaksikan kemerosotan ekonomi dunia sekitar 1920-an dan 1930-an. Tempoh ini dianggap sebagai zaman kemelesetan ekonomi terbesar dan paling penting di dalam sejarah dunia dan sering digunakan sebagai kayu pengukur dalam membandingkan sejauh mana ekonomi zaman moden boleh mengalami kejatuhan.

Untuk menambah lagi pengalaman beliau yang luar biasa, beliau telah berkhidmat untuk tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua.

Beliau menyertai golongan warga emas yang berjaya menewaskan Covid-19

Walaupun orang tua dan mereka yang mempunyai isu kesihatan mendasari mempunyai risiko tinggi, Encik Bill bukan satu-satunya warga emas yang berjaya pulih daripada wabak ini.

Pn. Zhang Guangfen, seorang warga China berumur 103 tahun, adalah survivor tertua di China manakala seorang warga Iran yang berumur 103 tahun juga berjaya pulih daripada virus ini. Di Itali, Pn. Italica Grondona yang berumur 102 tahun adalah survivor tertua di negara itu manakala survivor tertua di Korea Selatan berumur 96 tahun.

Artikel Berkaitan

Back to top button