fbpx
Cerita Borneo

Susulan Situasi Wabak COVID-19 Yang Tidak Dapat Diramal, Pesta Belon Borneo 2020 Ditunda

Pesta Ini Merupakan Pesta Belon Yang Julung Kali Diadakan Di Borneo

Susulan Situasi Wabak COVID-19 Yang Tidak Dapat Diramal, Fiesta Belon Borneo 2020 Ditunda. Susulan situasi COVID-19 yang semakin membimbangkan dan peningkatan kes yang semakin mendadak, kesemua acara dan program yang mempunyai peserta dan individu seramai 50 orang ke atas ditangguhkan atau dibatalkan. Perkara yang sama turut berlaku kepada pesta belon yang pertama di Sarawak iaitu Pesta Belon Borneo 2020.

Pesta tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 12 April 2020 di Dataran Celebrati, Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching, ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Susulan Situasi Wabak COVID-19 Yang Tidak Dapat Diramal, Fiesta Belon Borneo 2020 Ditunda
Kredit : Borneo Today

Situasi Sekarang Sukar Diramal, Acara Tetap Diteruskan Sekiranya Telah Reda

Penganjur pesta tersebut, Nex Vision Sdn. Bhd. memberitahu bahawa situasi pada tarikh yang dirancang sukar diramal buat masa ini berikutan penularan wabak COVID-19. Walau pun pihaknya sangat berbesar hati menganjurkan acara seumpama itu di Sarawak, namun kesihatan dan keselamatan komuniti awam adalah diutamakan pada masa ini.

Walau bagaimanapun, pihak penganjur masih bersedia untuk menghidupkan semula acara tersebut sekiranya keadaan kembali mengizinkan menerusi pengumuman semasa yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

Susulan Situasi Wabak COVID-19 Yang Tidak Dapat Diramal, Fiesta Belon Borneo 2020 Ditunda
Susulan Situasi Wabak COVID-19 Yang Tidak Dapat Diramal, Fiesta Belon Borneo 2020 Ditunda

Mesti best kan kalau dah semuanya reda. Buat masa ini, sama-samalah kita memerangi wabak COVID-19 terlebih dahulu.

Stay strong, semua!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close