fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

SV Sedia Bantu Rakyat Sarawak Yang Terkandas Di Sabah Dan Semenanjung Pulang

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
7 Disember 2020
SV Sedia Bantu Rakyat Sarawak Yang Terkandas Di Sabah Dan Semenanjung Pulang
Share on FacebookShare on Twitter

Sarawak Volunteers sedia untuk membantu rakyat Sarawak yang terkandas untuk pulang.

SV Sedia Bantu Rakyat Sarawak Yang Terkandas Di Sabah Dan Semenanjung Pulang. Platform kesukarelaan belia Sarawak, Sarawak Volunteers (SV) akan sedia untuk membantu rakyat Sarawak.

SV akan sedia membantu mereka yang telah hilang pekerjaan atau tiada tempat tinggal semasa Pandemik COVID-19 sehingga mereka terkandas di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah untuk pulang ke Sarawak.

SV Sedia Bantu Rakyat Sarawak Yang Terkandas Di Sabah Dan Semenanjung Pulang
SV Sedia Bantu Rakyat Sarawak Yang Terkandas Di Sabah Dan Semenanjung Pulang

Penasihat Sarawak Volunteers berkata

Penasihat Sarawak Volunteers Fazzrudin Abdul Rahman berkata semalam, walaupun sebelum ini bantuan Sarawak Volunteers ini tertumpu pada para pelajar Sarawak di Semenanjung Malaysia yang mengalami kesulitan untuk kembali ke Sarawak, tetapi kini pekerja dari Sarawak yang mengalami kesukaran di Semenanjung juga akan diberi perhatian.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

“Fokus kami adalah kepada (pelajar dari Sarawak), tetapi kerana keadaan yang amat terdesak kami pun rangkumkan mereka (pekerja rakyat Sarawak) sekali dalam program ini,” kata beliau selepas majlis perasmian Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2020.

SV Sedia Bantu Rakyat Sarawak Yang Terkandas Di Sabah Dan Semenanjung Pulang

Program bantuan Sarawak Volunteers

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata program bantuan Sarawak Volunteers ini dibuat menerusi kerjasama Rumah Sarawak di Kuala Lumpur, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan beberapa kementerian di peringkat Persekutuan.

“Setakat ini SV sudah terbabit dalam membantu lebih kurang 10,000 pelajar Sarawak di Semenanjung dan Sabah untuk pulang ke Sarawak sejak COVID-19 melanda negara sama ada dari segi pengangkutan dan penginapan,” tambah beliau.

Tidak dapat dinafikan bahawa usaha Sarawak Volunteers ini merupakan salah satu langkah yang amat baik bagi membantu rakyat Sarawak yang terkandas dan memerlukan bantuan di Semenanjug dan juga Sabah untuk kembali semula ke Sarawak.

Kredit: Astro Awani

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy