fbpx
Cerita Borneo

Syarikat Telko Enggan Sediakan Servis Di Luar Bandar, Sarawak Pohon Lesen Operasikan Sendiri

Ada sinar di hujung kampung.

Syarikat Telko Enggan Sediakan Servis Di Luar Bandar, Sarawak Pohon Lesen Operasikan Sendiri. Masalah perkhidmatan internet yang tidak memuaskan, malah tiada internet di kawasan pedalaman dan luar bandar bukan lah isu baru bagi penduduk di Sarawak.

Tiada ‘untung’ buat di luar bandar

Namun, kerajaan Sarawak akhirnya menjelaskan bahawa kesulitan ini datang daripada keengganan syarikat telekomunikasi untuk menyediakan perkhidmatan di kawasan luar bandar.

Hal ini kerana ia tidak mendatangkan untung kepada syarikat tersebut disebabkan kos operasi pemasangan serta penyelenggaraan yang tinggi.

Syarikat Telko Enggan Sediakan Servis Di Luar Bandar, Sarawak Pohon Lesen Operasikan Sendiri
Syarikat Telko Enggan Sediakan Servis Di Luar Bandar, Sarawak Pohon Lesen Operasikan Sendiri

Sarawak pohon lesen ISP melalui SMA

Oleh yang demikian, kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Multimedia Authority (SMA) kini sedang memohon lesen penyedia perkhidmatan internet (ISP) untuk merealisasikan impian penduduk luar bandar dan pedalaman menikmati akses internet yang berkualiti.

Lesen ISP adalah lesen yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi untuk membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan internet seperti pemasangan antena dan sebagainya.

Ada menara tapi tiada pemancar

Jelas Ketua Menteri Sarawak menerusi sidang media kelmarin, kawasan luar bandar di Sarawak kebanyakannya telah didirikan menara namun menara ini belum dipasang antena pemancar. Ini menyebabkan sesebuah kawasan belum mempunyai capaian internet.

SMA memerlukan lesen tersebut yang dipohon melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar dapat menyediakan perkhidmatan internet secepat yang mungkin.

Syarikat Telko Enggan Sediakan Servis Di Luar Bandar, Sarawak Pohon Lesen Operasikan Sendiri

170 buah menara telah dipasang oleh SMA

Sehingga kini, SMA telah bertanggungjawab memasang sebanyak 170 buah menara tetapi belum ada syarikat telekomunikasi yang bersedia menyediakan perkhidmatan.

Dengan adanya perkhidmatan internet yang dipasang oleh SMA, rakyat di kawasan luar bandar akan dapat menikmati kadar internet yang lebih murah kerana ia disubsidikan oleh kerajaan.

Semoga impian kita untuk melihat seluruh Sarawak mempunyai akses internet yang berkualiti dapat menjadi kenyataan tak lama lagi.

Amin.

Baca lagi artikel yang berkaitan :

Sumber
Utusan Borneo 16 Julai 2020

Artikel Berkaitan

Back to top button