fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tadika Dan Taska Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Hijau, Zon Merah Perlu Buat Permohonan

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
11 November 2020
Tadika Dan Taska Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Hijau, Zon Merah Perlu Buat Permohonan
Share on FacebookShare on Twitter

Tadika dan taska dibenarkan di kawasan zon hijau manakala kawasan zon merah kena buat permohonan KWKPK.

Tadika Dan Taska Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Hijau, Zon Merah Perlu Buat Permohonan. Tadika dan juga taska dibenarkan beroperasi serta merta di kawasan Zon Hijau manakala buat kawasan Zon Merah pula perlu membuat permohonan kepada KWKPK.

Selepas menerima pandangan daripada ibu bapa dan orang ramai serta mengambil maklumbalas daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Kanak-Kanak mengumumkan pembukaan semula tadika dan taska berkuatkuasa serta merta di kawasan bukan zon merah.

Tadika Dan Taska Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Hijau, Zon Merah Perlu Buat Permohonan
Tadika Dan Taska Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Hijau, Zon Merah Perlu Buat Permohonan

Perlu patuhi SOP ketat

Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata bahawa pembukaan semula taska dan juga tadika ini perlu dipatuhi dengan Produser Operasi Standard (SOP) yang ketat.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bagi kawasan Zon Hijau atau yang bukan Zon Merah luar daripada Kuching, Taska dan Tadika diberikan kebenaran untuk beroperasi serta-merta.

“Jadi setiap taska dan tadika yang akan mula beroperasi perlu mematuhi SOP yang telah disediakan dengan mematuhi garis panduan yang ketat sekali.

Tadika Dan Taska Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Hijau, Zon Merah Perlu Buat Permohonan

SOP boleh mengelak anak-anak daripada dijangkiti COVID-19

“Penyelia dan petugas juga perlu mematuhi SOP tersebut supaya boleh mengelak anak-anak daripada dijangkiti COVID-19. Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Pembukaan Taska dan Tadika Sarawak di Bangunan DUN Sarawak pada Rabu.

Tegas Dato’ Sri Fatimah lagi, sekiranya berlaku atau terdapat kes positif COVID-19, taska ataupun tadika itu serta merta akan ditutup.

Tadika Dan Taska Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Hijau, Zon Merah Perlu Buat Permohonan

Dengan syarat adanya permohonan

Selain itu beliau juga meambah, bagi kawasan Zon Merah di Daerah Kuching yang kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Tadika dan taska hanya boleh beroperasi dengan syarat adanya permohonan yang dibuat kepada KWKPK.

“Kami akan mempertimbangkan jika ada petugas barisan hadapan yang memohon mengikut kes-kes tertentu sahaja di kawasan Zon Merah.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy