fbpx
Cerita Borneo

Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?

Kalau Selama Ini Anda Fikir Sampan Satu-Satunya Pengangkutan Di Sarawak

Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang? Kemudahan sistem pengangkutan merupakan sesuatu yang sangat penting bagi penduduk di Bumi Kenyalang. Apatah lagi dengan bentuk muka bumi yang dipisahkan dengan sungai, bukit bukau, hutan serta keadaan tanah yang tidak rata. Namun, jika anda fikir Sarawak hanya menggunakan sampan untuk sampai ke suatu destinasi, anda perlu membaca artikel ini sampai habis.

Tahukah anda sebenarnya Sarawak mempunyai 18 buah lapangan terbang termasuk padang terbang STOLPort (Short Take Off Landing Port)?

Inilah 18 lapangan terbang yang ada di seluruh Sarawak. Bukan sampan je ada tau!

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching – (KCH)

Lapangan terbang antarabangsa Kuching merupakan satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Sarawak. Ia dibina sekitar tahun 1940-an oleh pemerintah British pada waktu itu. Terletak kira-kira 11 km pusat Bandaraya Kuching, lapangan terbang ini mampu menampung kehadiran penumpang seramai 5.3 juta setiap tahun dan menjadikan ia sebagai lapangan terbang keempat tersibuk di Malaysia. Keluasan KIA ini juga boleh memuatkan kapal terbang bersaiz lebar seperti Airbus A380 dan Boeing 747. Selain itu, lapangan terbang ini juga dijadikan sebagai pangkalan udara untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). KIA juga merupakan hub penerbangan untuk syarikat Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, MASWings, Malindo Air, Royal Brunei Airlines, Scoot and Wings Air.

Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?
Kredit : KuchingBorneo
Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?
Kredit : 360tour.asia
Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?
Pemandangan malam KIA. Kredit : klia2.info

2. Lapangan Terbang Sibu(SBW)

Lapangan terbang Sibu pula merupakan lapangan terbang domestik yang pada asalnya merupakan lapangan udara tentera. Pada tahun 1962, ia kemudiannya distrukturkan semula menjadi sebuah lapangan terbang komersial dengan sebuah landasan sejauh 2,745 meter. Pada Ogos 2012, tambahan terminal baru di lapangan terbang Sibu ini membolehkan ia menerima tambahan penumpang sebanyak 1.8 juta setahun.

Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?
Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang? Kredit : Twitter Malaysia Airports

3. Lapangan Terbang Bintulu(BTU)

Dibuka pada tahun 2012, lapangan terbang Bintulu juga menjadi pintu masuk penerbangan dari Semenanjung dan Sabah. Terletak 5.5 km dari Bandar Bintulu, lapangan terbang ini juga mempunyai sebuah landasan dengan kepanjangan 2,745 meter serta boleh menerima kehadiran pesawat yang besar seperti Boeing 747.

Kredit : Alfred Molon

4. Lapangan Terbang Miri(MYY)

Lapangan terbang Miri ini merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Sarawak selepas KIA. Disebabkan ia berada berhampiran dengan sempadan Malaysia-Brunei, lapangan terbang ini boleh dikatakan sebagai pintu penting untuk penumpang dari dalam dan luar Sarawak. Lapangan terbang ini juga menjadi tumpuan disebabkan lokasi Miri yang berada di bahagian paling utara Sarawak dan pengangkutan udara menjadi pilihan yang paling pantas untuk sampai ke sini memandangkan perjalanan darat mengambil masa lebih kurang 12 jam.

Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?
Kredit : ieyra.com

5. Lapangan Terbang Mulu(MZV)

Jika anda hendak ke Taman Negara Gunung Mulu, anda boleh menggunakan pesawat Twin Otter ke lapangan terbang Mulu. Terletak kira-kira 2.4 km dari pekan Mulu, ia mempunyai landasan dengan kepanjangan 1,500 meter dan beroperasi bermula subuh sehingga jam 4 petang setiap hari. Walau pun ia merupakan lapangan terbang yang sangat ‘basic’, ia turut dilengkapi dengan sebuah VIP Lounge, kedai barangan dan minuman serta kaunter tempahan hotel untuk kemudahan pengunjung.

Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?
Kredit : MAHB
Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?

6. Lapangan Terbang Limbang(LMN)

Lapangan terbang Limbang ini pada asalnya merupakan lapangan STOLPort dan dibuka semula pada tahun 2004 setelah ia dinaiktaraf menjadi lapangan terbang domestik. Terletak kira-kira 6 km dari pekan Limbang, ia mempunyai sebuah landasan dengan kepanjangan 1,500 m dan mampu menampung sebanyak 250,000 penumpang setahun. Untuk tujuan komersial, hanya pesawat Twin Otter yang mendarat di lapangan terbang ini.

Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?
Kredit : MAHB

7. Lapangan Terbang STOLPort Mukah(MKM)

Untuk lapangan terbang STOLPort Mukah dan lapangan terbang STOLPort yang lain, ia merupakan kemudahan yang disediakan oleh Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat bagi memastikan penduduk di kawasan terpencil luar bandar turut mendapat akses ke kawasan lain dan keperluan asas melalui pengangkutan udara. Pesawat Twin Otter MASWings yang dioperasikan oleh Malaysia Airlines (MAS) merupakan satu-satunya jenis pesawat yang sampai ke STOLPort ini. Ia boleh memuatkan kira-kira 60 penumpang pada satu-satu masa.

8. Lapangan Terbang STOLPort Kapit(KPI)

9. Lapangan Terbang STOLPort Belaga(BLG)

10. Lapangan Terbang STOLPort Marudi – (MUR)

Tahukah Anda Bahawa Sarawak Mempunyai 18 Buah Lapangan Terbang?

11. Lapangan Terbang STOLPort Long Seridan(ODN)

12. Lapangan Terbang STOLPort Lawas(LWY)

13. Lapangan Terbang STOLPort Long Semado(LSM)

Kredit : MAHB

14. Lapangan Terbang STOLPort Ba’kelalan(BKM)

Kredit : MAHB

15. Lapangan Terbang STOLPort Bario(BBN)

16. Lapangan Terbang STOLPort Long Lellang(LGL)

Kredit : MAHB

17. Lapangan Terbang STOLPort Long Akah(LKH)

Kredit : MAHB

18. Lapangan Terbang STOLPort Long Banga(LBP)

Kredit : MAHB

Banyak rupanya lapangan terbang di Sarawak. Kalau anda seorang traveller yang sukakan cabaran dan tempat-tempat terpencil, boleh lah cuba untuk terbang ke kawasan yang mempunyai STOLPort ini. Gegar sikit-sikit masa atas awan tu, biasalah.

Anda ada pengalaman menaiki pesawat ke lapangan terbang yang disenaraikan ini? Jangan lupa komen, okay?

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close