Tahukah Anda Main Kutu Adalah Haram dan Pesalah Boleh Didenda Sehingga RM500k
Semenjak dua menjak ini kecoh kembali di media sosial terutamanya mengenai kes ibu kutu yang melarikan duit kutu dan pelbagai lagi penyelewengan melibatkan kes main kutu.
Harus kita tahu bahawa individu yang bergelar ibu kutu yang melarikan duit anak anak kutu nya harus ditangkap namun begitu juga kita harus sedar bahawa asas kepada masalah ini adalah sikap tidak endah masyarakat terhadap undang undang.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), melalui laman Facebook (Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, memaklumkan terdapat beberapa kes apabila penganjur atau ‘ibu kutu’ yang menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.
“Di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.
“Mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.
“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” menurut makluman itu.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika menyertai mana-mana kutu kerana selain melanggar undang-undang, ia juga berisiko untuk ditipu.
“Tetapi, jika ibu kutu lari (menghilangkan diri), anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat,” katanya.

Mengapa Perlu Mengutu Jika Boleh Berdisiplin Menyimpan Di ASB (atau sebagainya) Yang Mempunyai Jaminan Kerajaan Dan Juga Menawarkan Dividen?
Jika anda mengutu kerana untuk menyimpan, anda mungkin perlu semak disiplin kewangan anda dan juga mencari alternatif lain yang lebih baik dan juga menawarkan dividen, walaupun dividen tersebut secara relatifnya rendah. Namun begitu, anda tidak akan terdedah dengan risiko duit anda dilarikan walau trusted mana pun mak kutu tersebut.
Bank Negara Malaysia juga pernah memberi peringatan :
Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan. Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan. Baca lebih lanjut : PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGGUNA
i) Orang ramai dinasihati untuk memaklumi BNM mengenai sebarang aktiviti atau entiti yang tidak sah dan mencurigakan ke:
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia)
1-300-88-5465 atau
E-mel: [email protected]
ii) Antara aktiviti kewangan tidak sah yang boleh dilaporkan kepada BNM ialah:
Pengambilan deposit secara tidak sah
Skim perniagaan mata wang asing tidak sah
Aktiviti perniagaan perkhidmatan kewangan tidak sah
Amalan pasaran yang tidak wajar oleh pemegang lesen yang dikeluarkan oleh BNM.
Penyalahgunaan nama BNM, dan nama serta jawatan pegawai kanan BNM.
Aktiviti kewangan haram lain yang disebut dengan nyata di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
iii) Laporan juga boleh dibuat melalui Pejabat Wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia
Baca juga : HUKUM MAIN KUTU moden