fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tak Boleh “Cop Parking” Sesuka Hati, Dikira Kesalahan Bawah Akta JPJ

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
3 Oktober 2019
Tak Boleh “Cop Parking” Sesuka Hati, Dikira Kesalahan Bawah Akta JPJ
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT
Antara kejadian cop parking di Malaysia. Kredit : Youtube Amri Channel

Letak Kon, Pasu Bunga, Kerusi Untuk “Cop Parking”, Orang Awam Boleh Buat Aduan

Mesti anda selalu berhadapan dengan situasi di mana anda benar-benar memerlukan tempat letak kereta namun selalu diberi harapan palsu sebab ada orang “cop parking”, kan? Kadang-kadang ada kon, ada kerusi, ada pasu bunga, siap ada tanda “RESERVED” atau “LOADING BAY”. Sejak bila pula?

Sabah Sarawak pun tidak terlepas kes sebegini sampai ada yang bermasam muka, lebih dahsyat lagi sampai bertumbuk gara-gara satu petak parking. Hmm.

ADVERTISEMENT
Tak Boleh "Cop Parking" Sesuka Hati, Dikira Kesalahan Bawah Akta JPJ

Tahukah anda bahawa perbuatan “cop parking” ini merupakan satu kesalahan? Meletakkan sesuatu atau menghalang petak meletak kenderaan secara sengaja merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan ini boleh didenda sebanyak RM 2,000 atau penjara sehingga 6 bulan. Namun, jika didapati individu tersebut melakukan kesalahan yang sama buat kali yang kedua, denda sebanyak RM4,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Eii, sia-sia masuk penjara sebab cop parking, betol sik?

Mun mok molah aduan ada orang “cop parking”, camne oh?

Orang awam boleh mengemukakan aduan berkenaan masalah ini melalui beberapa saluran.

ArtikelBerkaitan

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021

1. Melalui Whatsapp

Anda boleh menghantar aduan anda beserta bukti ke talian Whatsapp +6013-449 8997 atau link terus ke Whatsapp Aduan JPJ di https://t.co/BhEscew2Pl

ADVERTISEMENT

2. Emel ke [email protected]

3. Terus Call di Talian 03-8886 6412

Kepada individu yang suka “cop parking” tu, hentikan perbuatan tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. Jadilah pemandu yang berhemah, okay? Bertimbang rasa tak susah gaiss.

Bak kata pepatah, buat baik dibalas baik. Peace!

ADVERTISEMENT
Share1469Tweet45SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy